Wednesday, July 28, 2010

Pulau Tioman cantik!


Aku ke Tioman dari 16-18 Julai. Ada open water lifesaving camp. Aku tidak dapat bercerita panjang kerana jam sudah menunjukkan pukul 6am dan aku masih belum tidur lagi ni. Kelas pula bermula jam 8.30 pagi.Entah bila boleh tidur. Aku sangat mahu bercerita panjang mengenai trip kali ini yang sangat best. Tapi disebabkan aku tidak mempunyai masa terluang, jadi aku sajikan saja entri kali ini dengan gambar-gambar yang aku kira menarik untuk dikongsi bersama, yang diambil dari camera aku. Pergi Tioman dan ambil gambar sampai 1400++, memang gila. Hahaa.. Ok, jom zaaasss!!!

Saturday, July 24, 2010

Maaf, aku tidak follow kamu.

Tujuan utama aku menulis blog bukan kerana ingin mengejar duit dari nuffnang. Bukan juga untuk menjadi terkenal dengan menempek wajah dengan aksi-aksi comel, cantik, hot atau apa-apa sajalah untuk jadi femes. Aku hanya ingin bercerita tentang hidup aku. Bagaimana aku corakkan hidup aku sendiri dengan cara aku.

Aku sudah cukup sibuk dengan kehidupanku sebagai seorang pelajar senibina (yakni memang dah giler sibuk tahap cipan), sebagai seorang lifeguard di Pool UiTM, sebagai seorang instructor renang yang mengajar orang lain berenang (yakni bukan senang lebih-lebih lagi yang takut air). Jadi dengan kesibukan yang melanda aku tidak dapat blogwalking sangat dan tidak banyak meletakkan link-link blogger yang best walaupun aku mahu.

Walau bagaimana pun, aku hanya suka follow mereka yang aku rasakan best, cool, memberikan sumber inspirasi kepada aku, memberi aku pengajaran hidup, memberi banyak info tentang perkara yang aku tidak tahu, atau yang mempunyai latar belakang yang lebih kurang dengan aku. Bloggers yang hanya menepek gambar beliau yang cantik-cantik tetapi tiada pengisian juga aku elak daripada follow.

JADI


JADI

JADI...

Janganlah meminta aku follow blog anda hanya kerana mahu menambah bilangan follower. Jika aku rasa blog korang ok aku akan follow. Kalau tak aku hanya berlalu pergi. Aku bukan berlagak sebab aku tahu aku masih baru. Peaceee!!!

"Water Confidence Programme" berjaya dilaksanakan!


Hari ahad, sebelum ke studio membuat model tapak, aku ke kolam renang UiTM kerana menjalankan aktiviti "Water Confidence Programme" yang telah aku postkan tentang intipati program tersebut disini. Aku hanya ke sana untuk mengambil gambar sewaktu program dijalankan untuk dokumentasi. Ohya,aku bukanlah jurugambar bertauliah. Aku hanya suka menyimpan gambar sebagai kenangan di waktu muda. Chewah!

Mereka yang datang ni terdiri daripada golongan kanak-kanak-,remaja dan dewasa. Yang dewasa tu ada yang pensyarah UiTM. 

Program dimulakan dengan senaman ringkas, supaya tidak krem di dalam kolam nanti. Aku hanya akan paparkan sedikit saja gambar program kerana kalau nak tunjuk gambar dari awal program sampai habis memang banyak gila la gambarnya.

Proses Buruh Binaan Model Tapak (Site Model)


Hari selepas BBQ di rumah Encik Salmizi, aku dan rakan-rakan satu kumpulan bertungkus lumus menyiapkan tugasan kerana esoknya ada presentation site. Slide powerpoint masih belum gabung dan semak, model site belum buat lagi. Masing-masing risau takut tak dapat siapkan. Tapi tak apa, kena berfikiran positif dan yakin boleh.

 
 Mulakan dengan tenang, rancang dulu macam mana nak buat model dan bahagikan tugas. Ada yang buat tapak, ada yang buat bangunan, ada yang buat pokok, jalan raya. 

Tuesday, July 20, 2010

BBQ di Rumah Encik Salmizi

Hari Sabtu tu selepas aku habis latihan lifeguard di UiTM aku balik ke rumah sewa. Aku mahu menyiapkan tugasan untuk presentation hari Isnin. Tetapi aku dan rakan-rakan juga ada jemputan ke rumah pensyarahku yang mengajar subjek Structure. Encik Salmizi mengadakan majlis Hari Lahir anaknya jadi dia anjurkan BBQ di rumahnya di Putra Heights. Dekat sangat dah dengan rumah aku.



Ni semua yang hadir ni budak kelas aku la nie. Masing-masng seronok makan.

Monday, July 19, 2010

Program Keselamatan Pasukan Penyelamat UiTM


Tarikh : 10 Julai 2010
Lokasi : Kolam Renang UiTM Shah Alam
Yang giler kentang : Aku dan rakan seperjuangan, dan anggota penyelamat dari unit Bomba.

Tajuk entri ni aku rasakan skema semacam. Sebenarnya program ini dinamakan Lifeguard Simulation Programme. Ini ialah program khas yang dijalankan untuk penyelamat kolam UiTM. Penceramah yang dipanggil ialah Tuan Suhaimi. Beliau mempunyai pengalaman yang sangat banyak tentang menyelamatkan orang. Agak lambat jugaklah aku post entri nih. Bukan agak, tetapi sememangnya lambat seminggu.huhu.. Sebab aku ke Tioman. Jadi aku tiada masa untuk kemas kini blog.

Wednesday, July 14, 2010

Site Analysis- Student Hub Centre



*ni Kak Pah. Aku selalu cakap dia kakak aku . Sebab nama dia Sharifah jugak.hehe.*

Sehari selepas pergi Genting tu ialah hari subjek Design. Penat semalam masih belum hilang. Tapi kena jugak melawat site sebab dahla ini kerja berkumpulan.Lagipun kena kenali site dulu baru boleh dapat selesaikan design.

Monday, July 12, 2010

Jangan Ponteng Kelas Untuk ke Genting!




Jangan ponteng kelas untuk ke Genting
Hari ini hari Isnin.Aku mahu ceritakan apa yang dah jadi Rabu lepas. Tahu, lambatnya update kan.Bukan apa, aku sibuk sikit tambah-tambah lagi aku takde berukband.

Tengok gambar di atas.Nampak macam kami sedang bersuka ria dengan hebatnya. Tapi gambar boleh menipu kan? Sebenarnya sekolah (kelas) kan dah mula Isnin tu, jadi aku dan rakan-rakan dah plan nak pergi Genting Highland pada hari biasa, bukan hujung minggu sebab aku tahu hujung minggu mesti ramai sangat orang.Aku dan kawan-kawan dah nekad dah nak pergi jugak walaupun kena ponteng kelas.
Kisah nak pergi Genting ni sebenarnya agak tragis lah jugak bagi aku. Sesuatu yang tak pernah jadi dalam hidup aku. Memang la Genting tu best. Tapi tapi tapi.. haaaa..baca lah sampai habis kalau nak tahu.

Tuesday, July 6, 2010

Seperti Hari Pertama Persekolahan

Oh! macam tak percaya! Aku kembali ke sekolah. Ayuh,kembali ke sekolah,ayuh~ Ayuh kembali ke New Era..Ayuh~ siapa ingat lagu iklan ni? heheh..

Seperti biasa, hari pertama class barulah aku berangkat pulang ke Shah Alam. Bapak femalas lah kan nak balik sehari sebelum tu.

*jalan jamm yang luar biasa dari Highway lagi u..*
bila dah sampai masing-masing rebut cubicle. Malangnya aku dan geng aku sampai lambat.Jadi dapat lah tempat yang tak berapa nak best lokasinya.Huhu.. Sem lepas aku selalu kacau senior yang duduk kat depan pintu. Aku panggil dia receptionist. Harini aku lambat, makanya aku lah jadi receptionist sem ni.hukhuk.. Tula..lain kali jangan pekenakan orang,nanti kena kat batang hidung sendiri. Kawan-kawan aku semua gelakkan aku. Aku harap senior aku tuh tak tahu aku dapat tempat duduk dia.Isk..isk..isk.. T_T




*bergambar bersama kawan sebelum briefing dari pensyarah dimulakan*
Aww~ yang hujung berbaju biru tu bulan Ogos ni kahwin!! Aku yang excited terlebih bila dapat tahu..hohoho.. aku cakap kalau dia nak gi spa yang untuk naik seri pengantin tu aku nak join.tehehe..*say E..nak check gigi. dah berus ke belum pagi ni?*

*pakai baju oren ramai-ramai bukan nak ajak aku. Boria miskin kaya tak mau ajak eh..sampai hati.Kasi aku jadi bos boria!*

lepas briefing pergi makan tengahari di section 2. Wah, claim ABC kat Laida sebab dia practikal dapat elaun. Btw, ABC ni sepatutnya lebih menarik tapi kami mintak letak dalam bekas ni sebab kami punya meja jauh..Nanti susah tokeh nak cari.Semangat !



Lepas class pergi PKNS. Nak cari kasut. I know.PKNS? kasut apa la yang kau boleh cari kan.. Tapi percayalah, aku malas nak pergi mana-mana dah aku nak aim satu kedai aje. Janji dapat sandal.






dalam kedai pun boleh bergambar. (^_^)V tak tahu malu? kami lah tue..hihi..


pandai kakak kedai tu promote. Siap cakap sesuai dengan baju aku ni.. Amboi! ingat hari-hari ke aku nak pakai baju kurung? sekali seumur sem taw. Hari pertama aja. Lepas tu tak kira Isnin ke Jumaat ke..aku pakai seluar biasa aje. Unless aku rasa macam nak pergi class ayu-ayu gitu. (i know..i know..muntahlah kalau kamu mahu..)


Bajet sopan santun ayu gituw dengan berbaju kurung..Ngeee! rasa macam nak raya lah pulak!! (ehem cik kak,puasa kau dah habis ganti belum?)


Diorang ni tak aci betol..yang nak cari kasutnya aku, yang membelinya semua.Hampesss!! >_<


bersama kakak yang tak kering gusi melayan kerenah kami yang bermacam ragam. Bila kakak tu tanya,

kakak : adik-adik ni amek course apa?
adik-adik : architecture.Budak architecture memang gila sikit kak. Tak reti duduk diam-diam.heheeee... (sebenarnya mana-mana course pun kalau dah perempuan memang kecoh la kan..)

kakak tu siap nak mintak amek gambar sekali dengan kami dan bagi email Facebook.I like~ macam I artis gitu.Uwekkkssss!!!!!!!!! (mari muntah ramai-ramai!!)

Sunday, July 4, 2010

UiTM Dihatiku!

Aku macam tak percaya! Owh benarkah ini? TIDAAAAAAKKKKKKKK!!!! Perlukah ini berlaku kepada diriku? Esok tanggal 5hb Julai 2010 persekolahan akan bermula dan aku tidak puas bercuti *sigh* Aku tak prepare apa-apa pun nak masuk ni.Langsung tak prepare. Nak packing pun Arghhh!! satu perkara yang aku sangat benci lakukan. Padahal ni semester terakhir. Bukankah aku patut chill dan gembira? Yaaa aku pasti gembira sebab dapat berjumpa rakan-rakan. Tetapi disini jugalah aku tidak dapat tidur lena di katil yang empuk kerana biasanya aku akan tidur di bawah meja dalam studio. Yer, itulah yang dinamakan studio-based students.

*owh UiTM dihatiku.Kerana dirimu begitu berharga.Awww~*

Apa Yang Lelaki Harus Faham Tentang Perempuan.


Ni ialah entry berdasarkan pemerhatian aku dan pengalaman yang selalunya dialami oleh perempuan . Kisah benar ni, bukan olok-olok.


1.Perempuan suka ambil masa dan bersiap lawa-lawa bila nak keluar dengan buah hati mereka. Mostly sebab apa? Sebab mereka tak mahu teman lelaki mereka rasa malu ada teman wanita yang selekeh serabai untuk jalan seiring bersama-sama. Mereka mahu teman lelaki mereka rasa bangga mempunyai teman wanita yang pandai jaga penampilan diri.


2.Bila nak dating dan perempuan tu datang lambat, lelaki cenderung untuk marah. Tetapi apa yang sebenarnya lelaki tak tahu ialah betapa sukarnya seorang perempuan untuk buat keputusan nak pakai baju apa? Warna apa eh harini? Hurmm, nak macam sweet-sweet ke, cute-cute ke, elegen eh? Nak pakai macam mana kasi dia suka? Kena iron ke tak baju ni?Alamak, koyak sikit, kena jahit ni! Lepas tu si perempuan mestilah nak bermekap sikit kasi nampak comel lote fresh gitu. Tapi adakah lelaki faham? Selain kena marah sebab lambat, takde pujian langsung dari pakwe tersebut biarpun dah susah payah bersiap. Padahal pujian dari yang tersayanglah yang paling diharap-harapkan oleh si perempuan. Pakai buruk-buruk gi dating mau?



3.Mengongkong. Ni lebih bersifat subjektif. Sebab ada yang kuat sangat cemburu sampai tak bagi teman lelaki berkawan dengan mana-mana perempuan. Tapi kalau teman wanita yang dah fleksibel tu, janganlah ambil kesempatan pula dengan berSMS perempuan lain untuk suka-suka atau keluar dengan sesiapa. Pulak tu bergambar nak rapat-rapat semacam kan. Jagalah hati kekasih anda lebih-lebih lagi bila dia sedaya upaya mengelak untuk rapat dengan mana-mana lelaki selain anda. Tak sound tak bermaksud tak kisah.



4.Perempuan sekeras-keras mana pun hati dia tetap ada satu bahagian yang lembut dan sensitif. Kalau dia merajuk pujuk lah. Janganlah ego sangat. Ada juga perempuan yang suka merengek-rengek manja (atau gedik la senang cerita) ni nak perhatian lebih la ni. Lain perempuan lain cara dia inginkan perhatian. Jadi, kenalilah teman wanita anda sebaiknya. Tapi tak tahulah kalau lelaki pun ada yang suka merengek-rengek.Euw!!



5.Kalau bergaduh, perempuan biasanya memerlukan masa untuk sejuk dan berbincang. Berbeza dengan lelaki. Kalau boleh waktu tu jugak nak setelkan masalah. Haa perempuan apa lagi, dahla marah belum reda, nanti entah apa yang keluar dari mulut si perempuan. Kebanyakan apa yang dikatakan ketika marah itu selalunya akan dikesali sejurus selepas cakap So lelaki, biarlah perempuan cool down dulu.Ishh,ni tak menyempat-nyempat.



6.Apabila lelaki inginkan waktu untuk meluangkan masa bersama teman wanita, luangkan lah masa yang berkualiti bersamanya. Janganlah time dating tula nak SMS ke,godek-godek handphone ke. Percayalah, itu satu perkara yang sangat annoying tambah-tambah lagi kalau dah lama tak jumpa. Nanti bila dah tiada masa terluang nak keluar sebab bz barulah membuak-buak rasa nak pergi dating. Hargailah masa yang kamu ada bersamanya kerana esok lusa tiada siapa tahu jika kamu tidak dapat menatap wajahnya lagi.



7.Jangan salahkan teman wanita 100% jika dia curang atau bersama bekas teman lelakinya semula. Kaji balik kenapa teman wanita tu buat keputusan drastic macam tu. Mungkin ada perkara yang dia tak dapat nak terima lagi dah tentang kamu atau layanan kamu terhadap dia buruk semacam. Mungkin kamu tak bagi dia perhatian yang dia perlukan. Atau sikap kamu sememangnya hawau.



8.Jika perempuan tu tak pernah bawa atau bercerita tentang kamu kepada familinya besar kemungkinan kamu hanyalah tempat persinggahan sementara. Tapi kenapa? Mungkin sebab latar belakang kamu, mungkin dia tak nampak masa depannya dengan kamu dan tak terfikir untuk serius dengan kamu.



9.Jika setelah beberapa tahun berlalu dan teman wanita kamu meninggalkan kamu kerana dia tidak nampak masa depannya yang cerah, itu adalah pilihannya. Janganlah tuduh perempuan itu tinggalkan kamu sebab kamu tak berharta, tiada pendidikan atau tak layak bersama dengannya. Kerana dalam tempoh beberapa tahun bersama itulah waktunya perempuan tersebut melihat potensi yang lelaki itu ada untuk menjadi suaminya kelak. Jika potensi itu tiada, haruskah perempuan itu memperjudikan nasibnya seumur hidup? Cinta selepas kahwin adalah tanggungjawab taw mak aku cakap! Kalau aku nak kahwin pun aku nak cari orang yang stabil jugak dari segi kewangan maah!



10.Kalau teman wanita kamu tiada mood atau marah-marah dan suruh tinggalkan dia sorang-sorang percayalah, sebenarnya dia mahukan kamu tanya baik-baik, lembut-lembut..kenapa dia takde mood,marah. Kalau kamu betul-betul tinggalkan dia sorang-sorang. Heh! Memang lagi kepala angin la teman wanita kamu kerana sewaktu dia ada masalah, kamulah sebenarnya tempat yang tepat untuk luahkan masalah. Lainlah kalau dia ada masalah dengan kamu, mestilah dia nak luahkan pada kawan-kawan dia.



11.Kalau kamu bergaduh dengan teman wanita kamu, sukar untuk teman wanita kamu tidak menceritakan masalah kamu berdua kepada rakan baiknya. Ini kerana berbanding lelaki, perempuan lebih cenderung untuk XOXO Gossip Girl besama teman baiknya. Sebenarnya perempuan lebih bersifat meluahkan berbanding lelaki.


Hah,sampai sini ajelah mampu aku pikir. Banyak lagi sebenarnya tapi dah macam majalah remaja pulak nanti.Ish! ish!

*chomel lah binatang pun pandai bercinta*

Sticker Monster Dinding!

Adakah anda bosan dengan dinding bilik anda?
Anda tidak mampu beli wallpaper (kertas dinding) sebab ia mahal dan membosankan?
Cat satu warna di dinding bilik tidak menceriakan hidup anda?
Haaaaa!!!! mari adik-adik!!

Ceritanya bermula ketika aku kusyuk menghadap laptop. Dari sudut mata aku, aku terlihat adik aku tengah godek-godek sesuatu. Mula-mula malas nak tengok. Sekali pandang, terus nak join sekaki.Aku pun main tampal-tampal stiker bersaiz besar ni kat dinding. Jangan risau, sebab dia senang tanggal balik.

Haaa,inilah dia..sticker bersaiz besar yang tak dapat dimuatkan dalam sticker album (alaaa,yang dulu-dulu darjah 1 aku ada tu..)


Sticker comel ala-ala monster nak makan arnab warna-warni. Lepas tu arnab tu boleh menyorok dalam lubang dia.
Chomel kan? (^_^)

Define Me in 3 Words

Masa harijadi aku haritu aku telah memaksa meminta kawan-kawan yang aku boleh kategorikan sebagai rapat untuk describe aku menggunakan 3 perkataan. Tapi ada juga yang bagi lebih daripada tu. Jadi apa kata mereka tentang aku? Hihi..(tiba-tiba rasa diri sendiri gedik nak post entry macam ni) huahuahua..

Define me in 3 words

Ijam :

comot yang comel

cadbury, milkshake, cheesecake..:)

Nisa:

-kekasih hati saya.
-kawan dunia akhirat.

unique,MATANG,wise. funny pun boleh. :)

Miera :

shweeet, loving, MATANG!!! ♥♥♥

Paan :

pulut kuning, milo ais, rendang daging (ni hidangan masa kau datang rumah aku lorh..x aciiii)


Raushan :

warm - ure warm-hearted, friendly and easily approached. easy to get along with. u have this warmth kinda vibe around u.

funny - ure naturally funny, but the funniness lagi terserlah in ur writing kot. i slalu tergelak-gelak bace ur notes n captions.

graceful - i think ure a person yg keep ur cool. in other words tak menggelabah. i also rase yg u org yg bersyukur dan positive (at least try to be) which make u more pleasant to be around with. (hihi giler terharu ade kawan siap explain lagi)


Nadrah :

copi mi chica hermosa!!!!! (copi my beautiful girl!!!!)

yo pienso que tu eres:

1. muy comica

2. siempre con un sonrisa :)

3. puedes ser timido pero tambien muy amable!!!

TE AMO MUCHO!!!! --à tak faham langsung Spanish.sape leh translatekan?


Laida :

3 c
comot...comel...cantik~~ ^_^


Sheila :

lovely cute laugh!


Ain :

ur beautiful. loving n such a great friend!!! =) me loveeee youuu~ muahhh muahhh



Shark :

3 words that dscribe u
comot~sengal~cool
but,3 words from me is....aku syg ko!!!
hehe

Terima kasih kawan-kawan. Tapi kalau aku suruh korang describe perkara buruk tentang aku mesti tak payah korang buat in 3 words kan? Mesti boleh buat essei terus. (-_-')


Saturday, July 3, 2010

Apa Yang Buatkan Saya Bersyukur?

Senarai ni aku dapat inspirasi dari entry Hanis Zalikha.(Selama ni aku hanya silent reader tapi sekarang aku dah ada blog jadi aku bolehlah follow dia). Tiba-tiba rasa macam aku pun patut buat Senarai Kesyukuran. Entry ni dah lama gila sebenarnya tapi aku cuma post kat notes di Facebook aku . Jadi skarang bila dah ada blog aku pun copy paste balik.hehe..


Saban hari kita sering merasa tidak puas hati dengan apa yang kita miliki.Kita terlupa untuk rasa bersyukur dan tidak tahu apa yang perlu disyukuri selama kita hidup.Kalau anda dapat senaraikan perkara-perkara yang anda syukuri sepanjang hidup,anda akan bersyukur kerana tanpa anda sedari,anda sebenarnya mempunyai banyak sebab untuk rasa bersyukur.Kalau tak percaya cubalah senaraikan list kesyukuran anda.



1. Saya bersyukur sebab saya dilahirkan tanpa cacat cela.Saya cukup semua pancaindera,tangan dan kaki.



2. Saya bersyukur sebab dilahirkan sebagai perempuan.Hehe..kalau pakai make up pun tak rasa pelik.Kalau laki yang pakai? (bak kata orang sekeliling..OMG!!!)




3. Saya bersyukur sebab saya ada adik beradik yang ramai. 6 semuanya dengan perangai yang berbeza-beza.Kalau tak ada adik beradik? Bosan kan..main badminton sorang-sorang,main kad sorang-sorang,main saidina & monopoly sorang-sorang…ish sedihnya hidup..




4. Saya bersyukur sebab mama dan walid saya masih ada.




5. Saya bersyukur dengan ketinggian saya. Saya tak tinggi.Walaupun kadang-kadang saya harap saya tinggi ,(yela,nak tengok view dengan lagi luas kan.Orang sekeliling tinggi-tinggi pulak..) tapi saya tetap bersyukur kerana tak ada masalah nak cari boyfriend yang lagi tinggi.Sebab rata-rata susah nak jumpe lelaki yang lagi rendah dari saya.Hahaha..




6. Saya bersyukur sebab saya boleh memandu kereta auto dan manual dengan baik.Sesiapa yang malas nak pergi Genting Highlands naik roller coaster boleh la naik kereta dengan saya.Saya akan bawa dalam UiTM yang berbukit bukau supaya anda Chill! Dan kemudian akan dikejar pak guard dengan motor hebatnya.




7. Saya bersyukur sebab saya pandai berenang dan jadi lifeguard. Saya boleh selamatkan orang dan meyakinkan mama supaya pergi Pulau time cuti dengn menaiki bot(Owh mama saya memang takut naik bot.Dia takut tenggelam walaupun ada life jacket)




8. Saya bersyukur sebab saya ada seorang ayah yang bijaksana lagi comel cute miut. Ayah saya seorang yang berwawasan dan tak mudah menyerah kalah dan suka masuk pertandingan reka cipta.




9. Saya bersyukur sebab saya ada seorang ibu yang sangat penyayang,mithali,cool,selalu mengingatkan saya soal akhirat (isk..isk..isk..selalu buat aku insaf..) Ibu saya juga adalah wanita yang paling caaaaannntik di dunia pada mata saya .. ( okay fine la..mak korang pun paling cantik di dunia gak)




10. Saya bersyukur sebab saya ada 3 orang abang yang kononnya boleh jadi bodyguard saya padahal saya yang selalunya jadi bodyguard mereka dan kadang-kadang jugak maid TANPA GAJI (baju pun aku basuh,sidai,lipat..ceittt podah!)



IKLAN 1 : Penat baca? Have a break.Have a kit kat.Nyum2..



11. Saya bersyukur sebab saya jadi pelajar architecture berbanding jadi pelajar engineering sebab saya tengok housemate saya,Sheila belajar..subjek dia susah-susah woi.




12. Saya bersyukur sebab jadi pelajar architecture berbanding pelajar medic sebab saya benci subjek biology. Saya tak suka hafal nama sel yang pelik-pelik,organ dan sebagainya walaupun dalam badan saya sendiri penuh dengan organ,sel,saluran darah dan ape kejadah lagi lah yang rumit.MasyaAllah..hebatnya ciptaan Allah kan?




13. Saya bersyukur sebab kehidupan saya okay dan tenang.,saya tak ada hutang seperti PTPTN,(hehehe…jangan amek hati naa..)hutang kereta,rumah (owh belum lagilah rupanya..) tapi kalau ada sesiapa yang saya hutang sila tuntut ok walau 20 sen sekalipun.




14. Saya bersyukur sebab saya dilahirkan sebagai Islam. Kalau tak,saya tak yakin saya boleh cari kebenaran tentang Islam sebab lumrah manusia-buta hati walau mata tak buta




15. Saya bersyukur sebab saya warganegara Malaysia. Saya suka Malaysia dan tak bercadang nak pindah overseas. Malaysia ada mamak 24 hours oii..!! UK ada ke? (dalam nada berlagak dan kerek)


Sungguh gembira lagi bangga beliau melakukan pekerjaannya yer.(fokus muka beliau..anda akan merindui beliau jika anda ke overseas)



16. Saya bersyukur sebab saya tak mudah terpengaruh dengan gejala sosial atau rakan sebaya walaupun saya kenal ramai di kalangan mereka..(Jangan terus judge orang dohh..Kau tak tawu apa yang diorang alami )




17. Saya bersyukur sebab saya tak mudah menghakimi orang lain melalui pemakaian atau sikap mereka.Bagi saya setiap orang melalui kehidupan,didikan dan latar belakang yang berbeza yang menjadikan dia adalah dia sekarang. (tapi kalau perangai yang memang hawau tu rasa macam nak smack down dan penumbuk la jugak kan..cehh!! tak padan dengan badan langsung..)




18. Saya bersyukur sebab saya bertudung.Sebab saya rasa saya dihormati apabila bertudung (rasa ajelah..kalau orang takde respect kat kita tak boleh nak buat apa kan)..dan disebabkan saya seorang gadis yang bertudung juga saya cuba menjaga perlakuan saya dan saya tak suka kalau saya berperangai tak senonoh orang akan kata “anak sapa lah tu..pakai tudung tapi…”saya tak kisah orang nak kata apa tentang saya tapi saya kisah kalau mak ayah saya yang dapat nama buruk..Plus,bila bertudung saya rasa rambut jadi sihat dan kuat! (pinjam iklan milo kejap yer tuan-tuan..)




19. Saya bersyukur sebab saya tak pandang rendah orang-orang yang bekerja agak bawahan seperti cleaner,cashier,dan sebagainya kerana saya pernah bekerja sebagai cashier dan merasa bagaimana dihina “bodoh! Mak bapak tak reti ajar ke?ni la melayu..bla..bla..blaaa…” yang membuatkan saya menangis. (sampai mati aku takkan maafkan kau makcik biadap walaupun aku seorang yang pemaaf pada mulanya) dan hakikat sebenarnya waktu tu saya tak bersalah!!!!!!




20. Saya bersyukur sebab saya honest dengan diri saya. Saya tak bercinta kalau saya tak dapat mencintai orang itu seikhlasnya. Saya takkan bagi harapan dan letakkan harapan.Saya tak suka permainkan perasaan orang sebagaimana saya tak suka perasaan saya dipermainkan.-perghh! Ayat taknak kalah beb! Kalah Sembilu Kasih ni!



IKLAN 2 : Sedangkan budak kecil pun sayang binatang.Ibu budak sekarang? buang anak saja tahu. (ok..ni iklan kesedaran sivik)




21. Saya bersyukur sebab saya rasa saya dikurniakan dengan hati yang agak baik lah jugak (sorry lah sebab memerasankan diri sekejap) hehe.. sekurang-kurangnya saya bukanlah seorang yang kejam dan busuk hati lagi hamis baunya seperti bangkai ikan paus-euww..mesti ke disebut?




22. Saya bersyukur sebab saya punya otak sangat ligat berfikir sampai buatkan saya susah untuk tidur malam.Saya berfikir untuk hari esok! Sekurang-kurangnya saya menggunakan anugerah terbesar yang manusia ada.-OTAK~ (macam ayat dalam Zombie Kampung Pisang aje..)




23. Saya bersyukur sebab saya ditempatkan belajar di Uitm Shah Alam,bukan di Seri Iskandar.Rumah dekat,boleh ulang alik.




24. Saya bersyukur sebab saya ada kereta untuk ke kampus.Walaupun saya cuma bawa kancil merah second hand 4 gear,manual yang dah lebih 15 tahun umurnya,saya tetap bersyukur kerana tak perlu beratur,adegan tolak menolak dan tarik menarik beg dan tudung ketika bersempit-sempit menaiki bas rapidKL yang boleh tahan tahap roller coasternya.-Masa part 1 saya pernah tersungkur dengan slow motionnya dalam bas dohh sebab driver sangat “berhemah”






25. Saya bersyukur sebab faculty saya atas bukit.Walaupun kena jalan dari padang kawad atau naik tangga harapan dari blok D,saya tetap bersyukur kerana secara tak langsung saya dapat bersenam pagi-pagi. AMARAN : tak payah lah nak pakai perfume lebih-lebih nanti kepam jugak. =P





26. Saya bersyukur sebab walaupun rakan setudio saya pelbagai ragam,mereka juga mencuit hati saya. Walaupun banyak kontroversi tetapi saya suka tengok macammana kami blend. Dalam setudio saya ada yang :


o KELAKAR – macam Nok (sumpah macam Afdlin Shauki),Amex dengan loghat Kedah yang marveles,Obi Wan Kenobi yang ada kereta macho (wey sapa nak bf sila isi borang kat obi)


o SERIUS-macam Teha (Teh mu kena banyak senyum deh..)-tapi saya kenal hati dia dan saya sayang dia.


o BERKEPIMPINAN TINGGI-macam Safwan (weh lepas nih kau jadik MPP lah-aku vote ni!) dan sekali lagi Obi Wan Kenobi yang macho keretanya (aku dah kipas ni bila nak bagi aku merasa naik dohh)


o PENDIAM YANG UBINYA BERISI-Zakiran (yang superb bahasa Kelantannya),Pece (sorry dulu aku panggil kau plankton sebab kau halus.Plankton dalam cerita spongebob),Meor (suka buat lawak spontan tapi muka paling slumber-sungguh ku tak mengerti.. (-_-‘),Ayub (paling pendiam.Kalau aku tak tegur kau jangan harap aku boleh dengar suara kau! Dalam mulut beliau ada emas.sila korek dan cari gali),AJ (betulkah beliau 21 tahun? Macam 18 je..),Sakira (jangan ingat aku tak tawu siapa kau sebenarnya..hehe..),Ika (I am your kakak?),Khairuddin Sabri -design ranking favourite lecturer,Saliza , Shana .


o KECOH DAN MERIAH-Farisha(sehari tak dengar suara budak ni memang tak sah-hiperaktif terlampau),Suzie(seangkatan dengan Farisha-hiperaktif tak kenal usia),Laida(ibarat speaker,suara beliau tak perlukan microphone yer,terima kasih),Fyda-hot mama with attiude.


o KECOH DAN PHSYCHO- Fiza.Oops! No offense but I still love you!! =)


o WISE AND COOL- Raushan(I envy you shan..haha..), Nizam (nasib baik dia tak pakai spec.Computer+spec=?? ) ,Nadrah(maya karin punya stail cakap-love it) .


o INTELLIGENT –tak lain tak bukan Aqrabeen tapi saya found out yang ,semua budak arci adalah intelligent dan smart.. Clap2~ (oopss.oops! sesiapa selain budak arci jangan terasa dohh)


o REPEATERS yang boleh dibuat sembang dan best-anda tahu siapa anda dan saya tak pernah pandang rendah anda!


o MACAM CHIPSMORE-Johan (where are you lah?),Aty (kenapa aku tengok kau asyik kehulur kehilir?harini pergi PJ,esok pergi Ukay,lusa pergi Gombak,tulat terus tak nampak..)


o YANG BUKAN DALAM SETUDIO DAH (resign)- Lando,Alip,Chen,Mija (such a lost..tak boleh lupakan Orang Minyak lakonan beliau.Beliau sangat kelakar dan boleh jadi pelakon komedi berjaya macam Nok jugak), Paan ( pemikiran dia selalu bernas dan kompleks-terlebih bijak)


o YANG SAYA BELUM SEBUT-ya ampun..saya tak ada list nama budak setudio archimancer.


o SAYA SENDIRI- you judge and simpan dalam hati sudehh!





Pesanan penaja : Jangan ambil hati yer kengkawan.Ini cuma pendapat aku secara general.So harap anda open and be cool~ wink2*



waktu bersuka ria memang best kan?apa kata kita pergi genting?




27. Saya bersyukur sebab saya senang berkawan dengan orang.Walaupun saya dicampak mana-mana hatta laut china selatan pun saya senang berkawan walaupun mungkin kena kawan dengan ketam,kerang,nemo,batu karang,ikan duyung-OPSss! Imaginasi…focus…focus..(-_-‘)




28.Saya bersyukur sebab saya dapat makan hari-hari.Makanan yang sedap pulak tu.Jarang dapat makanan yang tak sedap kat Malaysia nih.. Abang saya kata masa dia outstation kat Bangladesh,ramai sangat-sangat yang miskin tahap fakir-sampai kutip sisa makanan dalam tong sampah okeyy.. So anda jangan banyak songeh bila makan!




29. Saya bersyukur sebab bila saya bangun saya masih hidup dan masih bernafas sampai sekarang.




30. Saya bersyukur sebab saya adalah Sharifah Sofiya bt Syed Nur Azman yang berumur 21 tahun bukan 81 tahun.


IKLAN 3 : Ni lah Sharifah Sofiya bt Syed Nur Azman berumur 21 tahun yang merasakan durian adalah buah yang paling masyuk~ di alam semesta.





31. Saya bersyukur sebab saya berasal dan dibesarkan di bandar.Sekurang-kurangnya peratus untuk saya culture shock adalah rendah atau zero.




32. Saya bersyukur sebab saya boleh masak.Diulangi-boleh masak bukan pandai atau hebat memasak.Sekurang-kurangnya saya boleh survive dengan masakan sendiri dan orang lain boleh terima masakan saya yang tak seberapa.



33. Saya bersyukur sebab saya ada laptop dan ada acces ke internet.




34. Saya bersyukur sebab sekarang saya single. Saya rasa free dan boleh kemana-mana tanpa membawa hp.Kredit saya juga lambat habis.RM5 untuk dua minggu.Susah nak percaya? Percayalaaahh~ ah senyap lah Datuk SN! Dah tak boleh pakai sebab dah berpunya sekarang. cewaaahhhh!!!




35. Saya bersyukur saya pernah bercinta sebab sekurang-kurangnya saya tahu bagaimana rasanya.Ececece…malu la I..~Ahaks




36. Saya bersyukur sebab kawan saya Amieradan Nisa sangat memahami saya dan SANGAT MENYAYANGI saya..kan? kan? Kan? I love you guys too.. Okay2,tamat sesi XOXO Gossip Girl


anak dara dari Sentul.hehe..



37. Saya bersyukur sebab saya menaip senarai ini menggunakan Bahasa Melayu sejati.Family saya dan beberapa ketul kawan saya kata Bahasa Melayu saya sekarang tunggang terbalik dan asyik tersyasyul yang membuatkan mereka asyik ketawakan saya.Saya pun tak tahu kenapa padahal English saya juga tak lah masyur mana. –saya rasa sebenarnya saya praktikkan bahasa alien dalam mimpi saya hari-hari. (-_-‘)




38. Saya bersyukur saya suka makan durian sebab durian adalah buah yang paling masyuk~ di alam semesta.




39. Saya bersyukur sebab saya masih menaip.Maknanya masih banyak yang saya boleh syukuri dalam hidup saya.




40. Saya bersyukur sebab anda masih membaca sampai tahap ini.




41. Saya bersyukur sebab saya dilahirkan sebagai manusia bukan serangga seperti semut yang akan dipijak bila gergasi a.k.a manusia berjalan,atau nyamuk yang akan di zassss!!! oleh semburan ridsect(betol ke ejaan dia?apa-apalah..)



IKLAN 4: Gunakan Ridsect sebelum tidur! (dah check ejaan saya betul! )





42. Saya bersyukur sebab saya boleh berkomunikasi dengan mat salleh dengan bahasa dia tetapi dia tidak boleh berkomunikasi menggunakan bahasa saya-berlagak kau sofiya!




43. Saya bersyukur sebab saya boleh menulis dalam bahasa Jawi.




44. Saya bersyukur sebab dah katam Quran




45. Saya bersyukur dulu-dulu mama hantar saya ke sekolah agama.Dulu selalu tak nak pergi.Bila dah besar sangat berterima kasih kepada mama! Kalau tak mungkin saya bukanlah Sofiya yang sekarang.




46. Saya bersyukur sebab walaupun saya sebenarnya rabun tapi power saya tak memerlukan saya memakai spek yang tebal. Mungkin akan consider memakai contact lense. Fuiyoh!



Macam menarik..ahah! grey itu cantik.Tp mungkin jugak green..atau brown? boleh tak nak pakai sebelah green sebelah brown? Bajet Kate Bosworth pulak dah.



47. Saya bersyukur sebab saya ada kucing parsi gemok albino comel comot hidung kemik mata biru yang suka menyambut kepulangan saya dari Shah Alam di muka pagar.Walaupun umurnya nak 10 tahun beliau suka menganggap dirinya bayi dan menggesel-gesel badannya di kaki saya.-Kurang kasih saying lah tu kucing tua ni!




48. Saya bersyukur sebab saya ada cita-cita dan matlamat dalam hidup!! Owh yeahh ke bebeh!! –alamak bahasa pasar dah keluar.




49. Saya bersyukur sebab saya suka baca buku ensiklopedia,risalah,fakta.Saya pun tak tahu kenapa.Sebab dia best~ -appendix: pinjam iklan petronas


Pesanan Penaja: Ini bukan IKLAN




50. Saya bersyukur saya tertido masa tengok wayang cerita “The Phantom of The Opera”.hahaha..



IKLAN 5: Anda ada masalah sukar tidur? Sila tonton cerita ini. Dijamin 100% berkesan! ( pesanan penaja: Jangan tertipu dengan pelakonnya yang cantik dan kacak.Sila baca novel.Lebih hebat! )




51. Saya bersyukur sebab saya masih diperlukan oleh mereka yang memerlukan saya.



52. Saya bersyukur sebab saya selalu cuba berfikiran positif-eleh yeke ni?



53. Saya bersyukur sebab saya mudah tersenyum dan ketawa dengan riangnya.



54. Saya bersyukur sebab sekurang-kurangnya ada orang suka dengar saya ketawa dan turut ketawa bersama-sama.Jadi betol ke ketawa itu satu aura?



55. Saya bersyukur sebab ada kakak ipar yang best dan anak buah yang comel.


zain = ah jen
kurang pasti genetik sepet tu datang dari siapa pastinya bukan dari saya.hehehe..

14. Saya bersyukur sebab saya pernah bersekolah di SMK USJ 13 dan kawan-kawan saya semuanya sangat best! Saya harap saya boleh rakam setiap saat masa saya kat sekolah dulu.




macam pokok krismas? Michael kat belakang sekali.Dia student dari Jerman.


56. Saya bersyukur sebab …sebab…sebab semua perkara di atas.






Pada mulanya saya tidak dapat memikirkan apa yang membuatkan saya rasa bersyukur.Tapi apabila saya senaraikan list ini dari number 1,saya dah tak boleh berhenti sampailah saya rasa saya patut berhenti.Ni senarai saya.Senarai anda pula macam mana? Boleh kongsi kot.. =) mungkin senarai anda boleh menjadi inspirasi orang lain yang tidak tahu mengapa dia perlu bersyukur.



57. ooopss!! Nak tambah lagi satu kesyukuran! Saya bersyukur sebab dulu rajin main Myspace sebab nak post entry ni cam hawau lah jugak nak kena pakai html code pulak.Sampai naik juling mata aku ni ha nak check codes pulak.- takpe,Alhamdulillah~ dah siap
PERHATIAN ! Saya menggunakan bahasa yang skema supaya saya dapat improve Bahasa Melayu saya yang semakin..ape eh word yang sesuai..yang semakin mundur?menurun? arghhhhh!! apa-apa aje lah janji awak semua faham..



Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...