Friday, January 14, 2011

3 Perkara Rawak Hari Ini

Satu
Pagi-pagi biasanya Mama aku akan memaksa menyuruh aku ke ceramah agama. Tapi pagi ni ustaz favourite aku mengajar jadi aku on ajelah. Masa nak balik aku masuk dalam kereta dan hidupkan enjin. Dari dalam kereta aku terlihat seorang lelaki tua meminta sedekah pada seorang makcik ni.Mak Cik ni naik kereta Merc pulak tuh. Mak Cik ni tak bagi apa-apa. Orang tua tersebut beralih pada aku. Aku kesian sebab dia tunjukkan kaki dia bengkak. Untuk medicine katanya. Aku tak bawa banyak duit. Aku hulurkan RM2 aje. Kemudian Pak Cik tua ke sebuah lagi kereta di sebelah. Kereta BMW. Pun mak cik tu tak hulur apa-apa.. "Eh pelik." Kata aku dalam hati. Naik Merc, naik BMW, takkan seringgit dua pun nak berkira? Aku naik kancil buruk aje kot. Setakat RM2, tak luak kot duit. Bagi aku kalau pak cik tu nak tipu, tu antara dia dengan Allah. Tapi kalau memang untuk ubat, aku harap aku dapat pahala.Dan dimurahkan rejeki    =)

Dua
Lepas ke masjid, aku ke Mydin Subang sorang-sorang. Aku pergilah ATM nak keluarkan duit. Bila aku cek resit. Ehhh! Semalam aku baru cek account. Apesal harini bertambah pulak? Tak luak pulak tu duit yang sememangnya dalam account malah bertambah lepas aku keluarkan duit.. Ishh. pening kepala. Entah siapa pula yang baik hati nak bagi aku duit? tak mungkin gaji sebab aku tak claim lagi. Jenuh tanya ayah aku (walaupun tahu tak mungkin ayah aku nak buang tebiat bagi duit kat account), tanya ketua aku. Musykil sampai sekarang. Takkan sebab aku sedekah kat Pak Cik tu terus masuk duit pulak? Ini bukan sinetron Indonesia. Hurm.siapalaaa yang tersalah masuk account ni. Aku rasa dah kali kedua kot dapat.

Tiga
Aku ke Mydin sebab nak beli krim muka, kulit aku ni rasa kering semacam. Masa nak beli krim Safi Balqis, ada lah seorang akak India ni tarik aku promote produk minyak apa entah untuk kulit muka kasi hilang parut kulit berseri segala. Siap gaya nak paksa-paksa. Hurmm.hampir terbeli jugak lah. Tapi bila tengok kulit dia pun berlubang-lubang, haisyhh malas ah nak beli.Dah lah mahal. Aku cakap "akak belilah untuk akak sendiri yer, saya nak cari krim,tak nak minyak"




Nota Kecil Hari Ini:
Lately aku macam tak berapa busy jadi Mama aku memang mewajibkan aku pergi ceramah agama la. Mula-mula biaselaaa,malas-malas manje gitu. Lama-lama rela hati aje nak pergi. Tapi best. Aku paling suka Ustaz Dasuki. Glemer gak dia kat area ni. Kalau kelas dia aje, selalu tempat parking penuh. Tak muat-muat dah nak parking. Harini belajar pasal Alam Barzakh : hubungan roh sesama roh di alam barzakh. =)

13 comments:

  1. akak india tu memang tak lawa...sebab tu muke die tokak!!!hahahaha...

    ReplyDelete
  2. bagus2 g ceramah agama . mula2 terpaksa lama2 rela akan lagi best :)

    ReplyDelete
  3. Bersedekah , rezeki pun murah (:

    ReplyDelete
  4. wahhh... best nye duit kat account bertambah.. kalau cek kat account nieza, still same jek... huhu...

    hoho... psl promote produk tu, nieza tak suke betul... mengganggu org nak beli barang...XD

    ReplyDelete
  5. WAH...rezeki tu...buat baik dibalas baik!!!

    ReplyDelete
  6. rajin betul g ceramah agama..

    pasal org xnk sedekah tuh, aku rasa bek kita pown xyah lar nk pk bukan2..sbb kita punya amal pown mgkin lom tentu sempurna..jd, berbaik sanka lah kita...mana tau, masa tu dia xbawak cash ke atau mereka ada sbb tersendiri mgkin..

    no2. aku rasa bek ko jgn terlalu gumbira sgt, sbb aku penah, pihak ptptn tersalah masuk, las2 kene pulangkn balek..camtaek kan?

    ReplyDelete
  7. untung la sapa dpt sophie erk..
    jarang jumpa gurl mcm nie skrg..
    hehehehehehe..
    sophie cantik..

    ReplyDelete
  8. giler sedap dpt masok duet free3 jek....toink3..hehe

    ReplyDelete
  9. taufan: hoh? x baik wooo ckp mcm tu..

    pengemis: hurmm..harap2 mcm tulaaa..

    farahana: insyaAllah..

    nieza: haaa tahu takpe..

    O'gosh: ishhh,belum tentu lagi..entah duit sape entah..

    eiffel:
    haaa, maybe lah kot kan.
    hurm, takutnye jd camtu. tp aku x amek la plk ptptn.

    shah87:
    erk..huhu. thanks.

    ReplyDelete
  10. bestnya..g ceramah agama tu bkn saja bersih *otak* tapi bersihakan *hati*..good2..klu ada isu menarik share2 la kat blog ye..^_^

    ReplyDelete
  11. buat baik dibls baik.
    ape2 pon kena niat kena ikhlas.

    cik sophie, sile berjln2 ke blog say oke.
    ajakan serius nih :P

    ReplyDelete
  12. pinQib: a ah.suka gak safi =)

    airaniez wirdani: insyaAllah..best!!

    faradeeba: hehe..dah pergi.thanks yer.. =)

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...