Monday, December 19, 2011

I Have Been Proposed and I Am Engaged. Yeehaa!!

Assalamualaikum wahai rakan pembaca sekalian.

Sangat penat sebab aku baru pulang dari bercuti. Yes, bagi yang bertanya pada entri lepas, aku telah meninggalkan blog dan facebook tanpa khabar berita aku nak pergi mana. Nanti aku update k. (semoga rajin update.huhu..)

Merujuk perkara (tajuk) di atas, bukanlah saya yang di propose dan dah engage tuh. Oh tidak~
Tajuk nak gempak aje kan. Heh heh!

Lepas pulang dari Bangkok, aku terus bukak facebook. Aku nampak orang share video yang Oh sooo suweeet ini. Rasa terharu. T__T ada realiti begini.




Secara jujur dan ikhlas dari hati aku, bukanlah aku menolak keras couple mapel ni. Adalah perlu juga untuk mengenali pasangan kita sebelum berkahwin ye tak? Nanti kang lepas kahwin takut tak serasi lah apa lah kan.
Tapi bagi aku, bertemu jodoh begini pun not bad juga. Aku respect lelaki ni. Sebab dia berani & yakin dengan pilihan dia. & memandangkan si gadis pun dah buat solat sunat istikharah dan percaya dengan pilihan dia, insyaAllah, inilah jodoh dia. Aww~ *terharu*

Inilah yang aku tak suka tentang couple mapel zaman sekarang ni. Err, aku snap dari belakang. Aku yakin diorang bukan pasangan dah berkahwin. Sebab muka budak sekolah.Huhu. Dating di Times Square. Biasanya orang dah kahwin ni kita boleh beza cara diorang, Ye tak? Tapi kalau betul memang dah kahwin, my bad. Sorry yah.
Aku kurang gemar melihat gadis bertudung suka hati dibiarkan disentuh teman lelaki. Mahupun berjalan berpegang tangan, apatah lagi dibiarkan dipeluk. Errr.. aku pula yang terasa malu bila memandang. huhu. Pada aku, tudung membawa erti yang besar. Bila bertudung, turut bagi efek pada perbuatan, adab, akhlak dan harga diri. 

Aku berpendapat, seorang lelaki yang baik dan menghormati seorang perempuan takkan sesuka hati menyentuh perempuan itu. Yer, walaupun perempuan seperti Lollipop, sedap dipandang mungkin juga sedap disentuh dan dirasa tapi tidaakk.. Wahai perempuan, janganlah mudah sangat biarkan diri disentuh sesuka hati. Jodoh itu belum pasti. Macam mana kalau kalau kamu berkahwin dengan orang lain & satu hari nanti kamu dan suami terserempak ex kamu. 
Mungkin dalam hati ex kamu: Alaaa,minah ni aku dah puas pegang & comolot dah. Tak heran laaa..aku dah dapat apa yang suami dia dapat walaupun suami dia dapat extra. Eh!!

Tapi kalau kamu memang tak pernah disentuh, mesti kamu akan rasa satu kelegaan yang besar sebab menjaga harga diri kamu. Rasa macam tak rugi apa-apa lah. So mana satu pilihan kamu? ada otak pikir baik-baik. Ayah aku selalu pesan, ikut otak, jangan ikut hati. Aku memang setuju.

p/s: kalau korang ada bf/gf, tak perlulah update status jiwang-jiwang sangat di Facebook dan letak gambar suweeet-suweet bagai. Sikit-sikit tu bolehlah,aku maksudkan yang betul-betul over seperti "baby, thank you for today, sedap ice cream u cuapkan." Euww~ (-_-')   Benda yang kita nak kekalkan, tak molek digembar gemburkan dan dihebahkan selagi belum pasti. Paham nggak?

btw, pemilik video di atas ada blog juga. She's cute. =)
Boleh klik: Dena Bahrin

Thursday, December 8, 2011

Korang Rasa Tak Apa Yang Aku Rasa?

Hello.. Sekadar quick post sebelum tidur.

Seperti biasa, kalau ada surat khabar depan mata mesti nak baca.

Tapi sejak akhir-akhir ni, aku rasa macam dah tak lalu dah nak baca paper.
Aku rasa dunia semakin gila.
Berita bunuh tu macam dah normal.
Baru selak dua tiga muka surat, aku rasa macam dah tak lalu nak baca sampai habis.
Ngeri doh. Kes rogol, sumbang mahram, buang bayi, rompak, etc.

Selak bahagian hiburan pulak, pelakon seksi-seksi. Lollipop mana lah pulak ni. Orang tengok pun geram, ye tak? Macam nak gigit-gigit je..
Muka tak kenal lah pulak.

Kadang-kadang rasa macam pelakon baru perempuan semua sepesen aje,
rambut panjang, baju pula selalunya mendedahkan kulit yang gebus gebas ittuw.
Kain kalau tak atas peha macam tak sah.
Dada kalau tak nampak lurah dendam tak sah.
Kadang-kadang terfikir jugak, memang kat Malaysia ni kalau nak jadi artis kena pakai seksi kah baru orang panggil berlakon?

Kadang-kadang kontroversi aje lebih, lakonan entah mana-mana.
Berebut pakwe pun keluar paper.
Baca post twitter artis-artis kat surat khabar lagi kelakar dari baca ruangan kartun.
Benda peribadi & tembak menembak sesama artis. Kurang matang @ kurang cerdik disitu.
Bila keluar Melodi- "owh, no comment~ I bercakap random jew. Takde nak tuju kat sesiapa. Kalau ada yang terasa itu hak masing-masing lah" Pftt.. tipikal jawapan artis Malaysia. Kat status bukan main suka sembur-menyembur, bila ditanya taknak mengaku malah berdolak dalih.

Belum lagi tengok reality show. Punyaaalah berlambak yang join reality show yang pertandingan nyanyi tuh, tapi mana? mana pergi semua juara reality show tu?
Suara memang superb tak dinafikan. Adam Af antah kemana? Vince AF? Ayu OIAM? Mawi mana hilang? Mila apa jadi?Semua sekejap je naik.
Walaupun masa depan peserta reality show ni aku rasa macam tak lah boleh dijamin akan popular dalam jangka masa lama, tapi masih ramai lagi nak join, dan semakin banyak lagi program realiti disiarkan di TV. Relevan tak? Yang aku rasa agak kelakar tu, yang jadi juri yang sakan mengomen dan mengutuk tu, tertanya juga aku apa kelayakan dan sumbangan mereka pada industri seni tanah air yang melayakkan mereka jadi juri. Ada sesetengah tu memang layak la aku rasa. Cuma ada certain yang buatkan aku rasa macam.. Huh?? kenapa dia? Dia punya lagu meletup ke kat radio? Suara dia pun macam..Teeetttttt!!!

Anzalna (aku tak kenal pun siapa tapi sebab keluar dalam Pancaindera baru-baru ni)

Neelofa

Izara Aisyah

Ayu Raudhah

Fasha Sandha

Hah, nampak tak daripada gambar-gambar di atas ni apa yang aku cuba sampaikan? Tak, aku takkan mempersoalkan tentang dosa pahala. Aku cuma nak kata, korang perasan tak artis perempuan Malaysia ni macam nampak sama aje. Harus berpakaian beginikah untuk menjadi artis? Ye..ye, yang penting bakat.(kata mereka seperti selalunya)
See..jawapan tipikal artis Malaysia kan..
 (-_-')


So kesimpulannya, korang rasa tak apa yang aku rasa? Atau korang ada pendapat atau huraian sendiri? Mungkin aku punya pendapat yang salah ke..
Elakkan mengutuk, mari berbincang anggap macam forum. Cehhh!! Yo yo oww je.

p/s: yang lelaki tengok gambar-gambar ni mesti dalam hati kata "yummeh~ lollipop!"

Monday, December 5, 2011

Can't Wait To Say Goodbye


Selama ni, tahun baru tak pernah bagi makna apa-apa yang besar bagi aku.
Sekadar New Year's Resolution yang bila dah nak tahun baru berikutnya azam yang lama tak tercapai pun.kahkah.

Serius, aku tak pernah pergi sambut tahun baru. Mungkin sebab mak aku pun marah gak keluar lewat-lewat malam kan.hehe..Plus, aku memang takde perasaan nak sambut kat luar.

Tapi..
kali ni..
Aku rasa tak sabar menunggu Disember berlalu pergi.
Betul aku tak sabar..
Tahun 2011 ni.. Hurmm.entah.
Susah nak dihuraikan. sekadar boleh kata "Hurrmmmmmmmmmmmmmmmm~" dengan panjangnya sambil belip-belip mata yang merenung jauh. Fiuuu~

Selamat datang 2012,
Semoga saya lebih ceria, gembira, bersemangat waja,sihat dan bertenaga,
Semoga dapat lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga, rakan-rakan dan paling tak patut dilupakan, Allah yang Maha Esa.
Semoga lebih menyayangi dan bersyukur,
Semoga sentiasa menjaga maruah diri dan menghormati orang lain walaupun  orang lain tak semestinya menghormati I. (takpe, Allah Maha Adil maah)
Semoga apa yang dah berlalu dibiarkan berlalu.
Jangan pandang belakang.
Jangan toleh pun.
Sekadar ambil iktibar boleh.
Jangan mengalirkan air mata kesedihan. air mata kegembiraan takpe.

Sophie Al-Yahya, you're gonna be just fine, and great!
You're gonna be somebody.
Trust yourself and don't give up!
Let's live life to the fullest!!

p/s: oh tak dilupakan..gaya, mutu, keunggulan tu kena ada..harharhar~ macam mintak penampor..


To whoever it may concern. If you love somebody please let them know. 
If you love me I need to know. Awww~ (^_^)V


If you're not brave to tell them how you feel, be brave enough to let them be loved by others. Ouch~ (maksud mendalam doh. sentap..sentap..)

Saturday, December 3, 2011

Burger King Masih Dihati

Dalam banyak-banyak kerja yang aku dah buat selepas SPM, aku suka dengan dua kerja ni. Aku pernah kerja di Burger King, dan kedai kek. Tapi kali ni aku nak strory pasal Burger King.

Well, orang Malaysia ni rata-rata lagi familiar dengan McDonalds kan? Mungkin sebab pengaruh media kot. Tapi secara jujurnya, aku rasa burger di Burger King macam lagi best. Antara burger yang McD takde: BBQ cheeseburger, Mushroom Cheeseburger, Black Pepper burger. French Chicken Tapi Burger King takde burger ayam yang ala-ala Chicken McDeluxe kat McD.

Aku terfikir nak tulis pasal BK (Burger King) ni pun sebab semalam aku dan family cousin yang study di Australia pulang Malaysia. Kononnya nak belanja satu family dia makan di Seafood kat Titiwangsa. Memandangkan jalan sangat jem dan hujan serta aku sampai rumah lambat dari office, maka kami sampai pukul 10pm. Restoran tutup pukul 10.30pm. End up kami makan di BK aje.Alahaiiii..

Walaupun dah hampir 5 tahun berlalu sejak aku bekerja di BK, aku tak sangka aku masih ingat ingredients dalam semua burger-burger tuh. Siap aku yang lead amek order sebab semua tanya aku burger apa yang best.

So kalau korang nak tahu burger apa yang best kat BK ni, aku suggest korang try:


1) French Chicken

Burger sepanjang 7 inci ni dalam dia ada crisply long chicken patty, 2 keping chicken rolls, 2 keping swiss cheese, mayonis dan tiada sayur. sesuai untuk yang tak suka makan sayur. (tak sangka masih ingat dalam burger ada ingredients apa)

2) Double Mushroom Swiss Burger


Sebenarnya dalam dia beef patty. Ada cheese. Atas burger patty letak mushroom. Sedap~

3) Whopper
Burger bulat paling besar kat BK. Ada beef patty & sayur-sayuran seperti lettuce, tomato,onions, pickles,berserta ketchup.

Memandangkan konsep BK ni ialah Have It Your Way, makanya korang boleh sukahati nak add up apa-apa jenis sos ke, sayur ke,keju ke just anything lah dalam burger yang korang nak. Nak tolak apa-apa pun boleh. Contoh kalau kau taknak sayur tapi burger tu ada sayur, nanti diorang boleh je buatkan burger yang takde sayur untuk kau.

Sebenarnya aku taklah minat sangat fast food. Tapi aku suka bekerja dalam bidang food and beverage ni sebab somehow aku suka dengan food preparation & presentation. Aku masih ingat burger mana yang ada sayur, mana yang tak payah letak sayur a.k.a lettuce. Mana burger yang kena letak pickles. & layering burger ni macam mana. Kalau letak sayur, mana satu nak letak dulu, lettuce ke, tomato ke, pickle ke? sos nak letak bila? haa..macam tulaaa.. Suka! semua ni ilmu jugak bagi aku.

Lagi satu, kalau aku tak kerja sini,aku takkan tahu costing satu burger ni berapa. Kalau macam French Chicken ni korang beli ala-carte ada dalam RM10 ++ kot. Ala carte ok bukan set. Tapi tahu tak cost untuk burger dia berapa? Tak sampai RM 3 pun. Ni untuk burger paling mahal kat BK la kononnya. Burger yang murah sikit? haaa..bayangkanlah cost dia macam ala-ala lebih kurang burger tepi jalan jela kot.

Selain tu, kalau pergi mana-mana fast food beli burger, aku tahu bun dia ni dah nak expired ke apa sebab dah keras. Tak lembut. & fries yang warna dia macam kecokletan bukan kekuningan biasanya sebab minyak yang digunakan dah banyak kali guna tak bertukar. Haaaa..ilmu tu aku share dengan korang. Dan minyak yang dah banyak kali guna ni korang tahu ke diorang buat apa? haaaa..kalau aku bagitahu gerenti korang tak lalu. (sebab aku pernah tanya kat manager aku minyak yang bertong-tong yang selalu ada lori angkut ni nak buat apa) So takpelaa.aku simpan dalam hati.nak tahu boleh email atau formspring aku.kekekeke..

Lagi, salah satu taktik yang aku percaya banyak fast food buat especially kat drive thru. Kalau korang mintak medium set, make sure yang keluar kat skrin tu medium set, bukan large set. Large set= more money. more sale. Kadang-kadang mintak burger lain, dah sampai kat tangan dapat burger lain yang lagi murah. dah beberapa kali terkena kat Key.Ef.Cee depan rumah aku. Ciss betul!!!  sebab diorang tahu biasanya orang yang drive thru ni nak cepat & kemungkinan untuk berpatah balik untuk tukar burger adalah tipis.

Oh lagi satu last: biasnya kalau orang tak tahu nak makan burger apa & tanya cashier burger apa best, taktik kotor ialah suggest burger paling mahal. (-_-') serius tak tipu dengan taktik ni. Tapi biasanya memang yang mahal adalah lebih sedap.

Ohya, bagi peminat cheese, kalau korang pergi BK, wajib try cnack ni.Mozarella stick. Layan~:


p/s: kalau nak tahu pengalaman aku kerja kat BK boleh baca kat entri aku NI
Selamat membaca! Nak sambung berlatih piano. Esok ada kelas piano.tehehehe.. Lain kali ada masa aku share pula progress aku belajar main piano eh. Hehe..
*aku dah sihat dari demam.Yeay~*



Thursday, December 1, 2011

Baru Aku Faham Kenapa Orang Minat K-Pop

Selama ni aku tak lah layan sangat K-Pop pop pop ni. Aku pun tak berapa kenal lah group-group K-Pop ni. Aku cuma tahu group macam Su-Ju, SNSD dengan Wonder Girls, & KARA kot. Yang SNSD tu aku macam familiar sebab housemate lama aku dulu suka ulang tayang lagu SNSD Gee 3x Baby~ baby~ mana lah tak melekat dalam otak aku lagu tuh. Aku ni pulak, bila tak paham bahasa Korea & maksud lirik tuh makanya aku malas la nak layan,sebab aku rasa macam takde feeling bila tak faham.

Masa aku demam aku rasa bosan giler. Aku pun usha youtube. Tiba-tiba tergerak hati nak usha group-group K-Pop ni. Nak jugak tahu kenapalaaaaa orang suka sangat K-Pop ni.Err, sebenarnya memang takkan habis usha la sebab banyak kot. & kadang-kadang bila tengok half terus nak tukar malas nak tengok dah, nampak macam sama aje stail.

Tapi, ada group yang finally buatkan aku suka kat diorang. hiuhiuhiu.. =B aku tak tahu kenapa bila tengok video diorang rasa macam nak ulang banyak kali. Aku dapat rasa kelainan kot kat diorang punya dance step & stail. Haaa.. memepersembahkan. Ni dua lagu feveret aku dari KARA. Aku tetibe minat giler kat Nicole Jung yang berambut pendek lurus tuh. Awww~ finally. Baru aku faham kenapa orang boleh minat K-Pop. (^_^)V tak sangka boleh terjebak.


Dalam banyak-banyak video music KARA, aku paling suka lagu Mister dengan Step. Sebab diorang menari dengan sangat energetic, tak begitu ala-ala gedik. Err, butt shake tu pun agak macam membezakan KARA dengan group lain kot.hahah Entah, masing-masing ada style sendiri. Cuma kesimpulannya, aku rasa aku minat KARA. yaaaa, terima kasih.

Eh jap ni video lagi satu. Lagu 'Step'. Mula-mula tengok rasa macam "apehal laa kalerful sangat baju diorang ni dah macam template blog aku" tapi bila layan lagu & dance diorang. Perghhh!!! yela, kesimpulannya suka la. Nak berkespresi terlebih pulak aku ni.


tolak tepi dance move yang menghairahkan bagi kaum lelaki. I gegurl tak rasa pape.hihi..

haih! sukanya Nicole punya style. Rupanya dia lahir tahun 1991? giler muda!! 
Err, tapi sekarang aku tak pasti KARA ni still ada ke dah berpecah.huhu. Tapi semua ahli dia comel-comel cuma paling suka Nicole. =B
p/s: walaupun tak paham apa yang diorang nyanyikan, tapi gua layan jelaaa..

ok. good night. zzZZZZZ.. 
(-___-)
esok kerja harus semangat sebab dah goyang punggung ikut tarian. wahahaha. ok tipu. bye. (^_^)V

Demam Yang Terpilu

Assalamualaikum..
Sebenarnya, aku rasa macam taknak post entri ni.Sebab agak macam bagi element negative aje.huhuh. Tapi, disebabkan bila aku baca balik entri-entri lama aku, memang ada ups & down, jadi rasanya tak salah untuk berkongsi cerita dengan korang semua. Dan aku harap, ini post terakhir untuk hal sebegini.

Sepertimana yang korang pun tahu, aku dah tak rajin update blog. Bukanlah sebab taknak.Banyak je cerita best aku nak kongsi tapi masa tak mengizinkan.Aku dah MC kerja 2hari sebab demam. Aku tak pasti lah sebab kurang rehat ke apa. Huwaaaa..

Aku tak sangka kerja memang sangat memenatkan. hihi (^_^)V
aku selalu jugak tanya arkitek kat firm aku macam mana nak cope dengan kerja semua tu sebab yelah, aku kerja tak sampai setahun lagi. Kebanyakan advice yang aku dapat adalah: it's about planning & time management. Bila you dah kerja 3 tahun, you akan rasa comfortable dah dengan work load you kat sini.

Aku seorang yang akan rasa bimbang bila kerja tak siap. Walaupun kerja memang takkan habis, tapi aku selalu jugak nak bimbang especially bila nak bertemu deadline. Sampai nak tidur pun termimpi-mimpi benda bulat-bulat sebab currently kena buat detail spiral ramp & detail lain (sorry kalau korang tak paham).

Aku stay sampai malam pun tak dapat siap. Datang weekend pun tak dapat siap.. Aku rasa macam T__T arghh kenapa rasa sangat macam loser ni? aku selalu tertanya & kaji kenapa aku tak dapat siapkan on time padahal aku dah plan, aku dah tetapkan berapa lama masa untuk siapkan satu drawing. Ternyata target selalu tersasar. Aku found out, menyiapkan lukisan yang ada curve-curve, lekuk bulat-bulat memang sangat menguji kesabaran sebab bila aku buat drawings yang garisan sekadar petak dan lurus aku boleh speed lagi. haih. Dan mungkin juga sebab pakai software yang aku tak pernah guna masa belajar, masih banyak shortcut yang aku tak habis explore lagi.

Makan bubur ayam McD sebab demam. 1 AM at office. =')
(takut tengok muka sendiri pucat & mata..oh em geee..terbaik!)


ada berani nak stay office sorang-sorang? ikut hati memang tak berani. Tapi mintak adik aku teman.

Sebenarnya aku nekad nak stay sebab aku kena siapkan kerja ni sebab ada deadline. Ni hari Isnin, cuti awal muharram. Masuk opis 10.30 pagi. Tiba-tiba demam.Bajet nak balik pukul 6 petang. Sekali stay sampai 6 pagi subuhnya. Giler laaaaa!!!! Aku memang sukeeeee demam-demam buat kerja  T__T

Masa pukul 9PM macam tu, sorang abang tu agaknya jemu tengok muka aku je yang asyik stay, aku kena marah pulak 

Abang tu: Ni apesal tak balik lagi ni?
Aku: Mana boleh balik, kerja tak setel lagi
Abang tu: Team mate kau yang lain tak stay pun.
Aku: Diorang dah senior, buat kerja laju dan cekap. Saya kenalah kerja lebih sikit kalau nak cope.
Abang tu: Kalau tak siap biar jela, bagitahu arkitek kau tak dapat siapkan. Bukannya kau tak buat kerja. Dari weekend kau datang.Orang kerja pun ada limit.

Aku seriously tak tahu nak cakap apa,tak siap kerja pun nanti kena marah, nak siapkan kerja pun kena marah? T_T


Memang..memang..memang.. Nak berjaya bukannya senang. Tapi aku selalu berdoa, kalau ada hikmah kenapa aku dapat kerja kat firm besau ni, kalau ada hikmah kenapa aku kena lalui semua ni & kalau ada hikmah kenapalah dalam banyak-banyak course, architorture jugak yang aku pilih, maka Ya Allah, berikanlah aku kesabaran yang sangat tinggi untuk aku lalui semua ni. Amin.. aku hanya seorang perempuan. Aku harap aku tabah lalui semua ni. Fighting!!!!!!


p/s: secara jujurnya, satu hari nanti kalau aku ada anak, aku taknak anak-anak aku study architecture. & kalau boleh putar balik masa di mana aku apply nak masuk belajar, aku takkan pilih course ni. Because I wanna really "live" my life.Taklah pulak menyesal sekarang. Sebab dah separuh jalan better habiskan. Because to me there's no turning back. There's only moving forward & a little bit of twisting like being an instructor & lifeguard. teheheeee..  Sebenarnya berminat nak belajar Culinary Arts. Masuk dapur. Aww~ Suke perasaan jadi perempuan sejati.hiuhiu.. ;D tapi kawan baik aku menyedarkan aku dengan berkata "Hoi, kalau kau suka masak-masak, masuk je kelas memasak!!" shiot jew~ *rasa macam kena penampar walaupun sekadar bercakap dalam talipon*

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...