Thursday, March 29, 2012

F.A.Q Senibina @ Architecture

Walaupun aku dah mengantuk tetapi ku gagahi jua menaip entri ini buat pedoman mereka especially adik-adik yang berminat nak belajar kos senibina ni. Memandangkan yang bertanya soalan kat aku ni kadang-kadang yang bertanya seorang, tapi soalan bukan main banyak. Kadang-kadang dapat soalan yang sama. Oleh itu, aku akan cuba lah muatkan dalam entri pasal F.A.Q Senibina ni okey. Kalau soalan awak belum dijawab tu boleh lah tanya lagi sebab akak Sophie ni dah pening dah nak bukak entri-entri lama, email, formspring. 

*Jangalah ingat saya ni arkitek. Saya baru jadi Assistant Architect. Saya nak sambung belajar nak complete part 2. Doakan saya berjaya. Heeee.. =B *
(sempat lagik nak mencapap perempuan ni..)



So terus dengan sesi soal jawab:


1) Apa syarat kelayakan SPM untuk membolehkan saya dapat kos senibina ni?


Sebenarnya, aku pun tak tahu. Tapi demi nak kongsi maklumat, aku pun buat research. Untuk apa-apa kos yang kamu nak tahu syarat kelayakannya, rajin-rajin lah masuk website UPU ni .


Jadi di bawah ni adalah syarat untuk UiTM sahaja. Untuk U lain, kome pandai-pandailah godek-godek website ni ok.



SYARAT AM UNIVERSITI
  1. Warganegara Malaysia ; dan
  2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnyaLIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.



    MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI
    DAN
    SYARAT KHAS PROGRAM

    Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI  dengan mendapat gred B dalam TIGA (3) mata pelajaran:
    • Physics / Chemistry / Additional Science / Science
    • Mathematics / Additional Mathematics
    • Geografi / Sejarah/ Pendidikan Seni Visual / Lukisan Kejuruteraan / Reka Cipta / Perdagangan / Ekonomi Asas
      DAN
    •  Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris

                
    SERTA
    •  Tidak buta / buta warna 
    Nota:  Lulus ujian khas lukisan dan ujian buta warna dalam temuduga yang dikendalikan oleh Fakulti.
    Nota :
    Calon yang tamat program ini boleh memohon mengikuti mana-mana program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana fakulti dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti



2) Kak Sophie, saya ada terfikir nak ambil course architecture, tapi tertanya-tanya macam mana peluang kerja nak jadi arkitek?

Fikir macam ni je dik, pembangunan,bangunan, akan sentiasa membangun & bertambah. Mustahil peluang kerja sebagai arkitek akan semakin berkurang. Arkitek tak pernah ada dalam ranking kadar pengangguran di Malaysia setahu akak. Cuma peluang nak dapat kerja tu, kena lah ada skill yang bagus, communication skill pun bagus, berintergriti. Cewah, ayat nak patriotik jew..


3) Kak Sophie tahu tak mana-mana IPTS yang ada Part 1?

Sejujurnya akak memang tak tahu sehh! tapi, untuk pedoman adik-adik, bolehlah ke website Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) <---- LAM ni SANGAT PENTING untuk korang tahu kewujudannya okehhh!! Lepas masuk website ni, bolehlah check IPTA mana yang ada pengiktirafan (accreditation) Part 1 & Part 2. Tapi kat bawah ni yang dalam Malaysia lah. Oleh itu, haruslah berhati-hati juga dengan IPTS yang menawarkan kos senibina sebab kadang-kadang bunyi macam ada LAM Part 1 & Part 2, sekali kau habis belajar rupa-rupanya tak diiktiraf. Sebelum korang sakit jiwa, lebih baik korang check dulu kat pejabat dia ke. Mintak tunjuk sijil pengiktirafan ke apa. By the way, mungkin juga website LAM ni dah lama tak berupdate. Wallahualam.




 MALAYSIA
Institutions
Period
FT
Degree Awarded 
Part I or Part II 
1.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 
Faculty of Built Environment
Karung Berkunci 791
80990 Johor Bahru
Negeri Johor Darul Takzim


3 yrs
3 yrs


5 yrs
FT
FT


FT
Dip. Arch
B. Arch (Hons)


B. Arch (Hons)

 

Part II


Part I
&
Part II
2.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) 
Department of Architecture,
   Planning & Surveying
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan 

4 yrs


2 yrs
FT


FT
Dip. Arch /
BSc. Arch Studies

B. Arch (Hons)
Part I


Part II
3.
Universiti Sains Malaysia (USM) 
School of Housing,
   Building & Planning
11800 Pulau Pinang 

3 yrs


2 yrs
FT


FT
Bachelor of Housing
Building and Planning

B. Arch
Part I


Part II
4.
University of Malaya
(UM)
 
Faculty of Built Environment
Lembah Pantai
50603 Kuala Lumpur 

3 yrs

2 yrs
FT

FT
B. Sc. (Arch)

B. Arch
Part I

Part II
5.
International Islamic University Malaysia (UIA) 
Kulliyyah of Architecture
   & Environmental Design
Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur 

3 yrs

2 yrs
FT

FT
B.Sc (Arch. Studies)

B. Arch (Hons)
Part I

Part II
6.
Universiti Putra Malaysia (UPM) 
Department of Architecture 

Faculty of Design
   and Architecture
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan 

3 yrs


2 yrs
FT


FT
B. Design
 (Architecture)

B. Arch
Part I


Part II
FT : Full Time





 4) Macam mana nak pergi overseas untuk kos senibina?
Kalau kamu merancang untuk kembali bekerja di Malaysia selepas habis belajar Part 1 & Part 2, saya sangatlah menyarankan supaya kamu janganlah aci redah je apa-apa universiti yang menawarkan kos senibina samada di UK, Australia, US, etc. Berbalik semula kepada website LAM di atas, kalau kamu godel-godek lagi, di bawah tajuk 'accreditation'> List of Recognised Programmes, kamu akan menjumpai universiti-universiti dari Malaysia, Australia, New Zealand,United Kingdom. Bila ada accreditation LAM, tak lah bermasalah sangat bila nak balik kerja di Malaysia. Tapi kalau bercadang nak murtad Malaysia, tak payah pikir accreditation pun takpe kot.Harharhar..


5) Is it possible for a science student to take this course? Sebab takde subjek Lukisan Kejuruteraan.
Mestilah!!! Takdak masalah eihh! Dulu masa SPM akak amek pure science. Tapi saje tambah pendidikan seni. Hakikatnya, kalau takde Lukisan Kejuruteraan atau Pendidikan Seni masa SPM, pun boleh apply aje. 


6) Interview nanti oral ke test?
Interview mestilah oral. Kalau interview di UiTM ada ujian melukis. Good luck! *mungkin kalau ada masa (dan rajin sedikit) saya akan cuba buat entri cara-cara nak pass interview kos senibina ni.*


7) Kak Sophie,yang amek course Seni Bina UiTM ni memang boleh dapat kerja ke,tak takut ke nanti kalau jadi penganggur.


Tak takut langsung dik. Huahua..berlagak. Sebenarnya, kebanyakan firm architecture di Malaysia selalunya ramai juga graduan dari UiTM walaupun pelajar untuk satu batch taklah ramai. Kalau dari IPTA, insyaAllah mudah dapat kerja melainkan kamu tak perform masa interview. Kalau dari IPTS pun boleh ajew dapat kerja maah.. Apa lah nak risau sangat, habiskan jelah belajar dulu dengan flying colours gituww~


8) Kak Sophie kalau nak amek course senibina memang kene pandai melukis ke even dulu Lukisan Kejuruteraan tak score A ? dan macam sangat susah je course ni.


Kalau pandai melukis memang satu kelebihan yang besar & sangat berguna untuk survive dalam senibina. Tapi kalau tak pandai melukis pun at least otak tu boleh berfikir dengan bagus lah pasal architecture. Yer, kos ni tak pernah lagi lah akak dengar orang kata senang melainkan orang tu poyo. Huahua. Dua kali akak hampir give up. Tapi ku gagahi jua..Sobs..sobs.. T__T


9) Kak Sophie,memang kene kuat daya imaginasi ke kalau nak ambil course senibina macam akak ni ? kalau imaginasi kurang boleh ditingkatkan ke ?


Adoii soalan ini.. Urmmm..sebenarnya daya imaginasi tu memang penting untuk kos ni. Oh tapi daya imaginasi tu janganlah samakan dengan daya berangan pulak. Imaginasi di sini bermaksud kebolehan kamu mentafsir, membayangkan sesuatu bangunan terutamanya apabila melihat lukisan. Sebab tulah kena banyak melukis. Sebab kadang-kadang daripada lukisan (contohnya nak baca pelan, pandangan hadapan,belakang, tepi,kanan kiri, keratan rentas bangunan), lukisan atas kertas ni bisanya dalam bentuk 2D. Kadang-kadang bila tak berapa paham, itulah gunanya kebolehan melukis. Kamu lukis untuk tafsir apa yang kamu nampak dalam bentuk 2D ni kepada 3D. Imaginasi kurang, mestilah boleh ditingkatkan kalau ada usaha. Kalau cepat give up say bye-bye to architecture okey.


10) Kak , yang sarjana sains senibina kat uitm tu dekat shah alam ke kat iskandar perak ? Bila kita nak tau yg kita lulus / tak intrview ? Macam mane kalau kita dah tolak matriks , then tggu keputusan interview , sekali kita tak dapat ? 
Kat dua-dua tempat ada. Shah Alam dan Seri Iskandar. Cuma, bila dah masuk semester 7, pelajar dari Seri Iskandar akan masuk batch di Shah Alam. Kira gabung batch la. Biasanya kita akan tahu keputusan interview sebelum semester bemula la.hihihi.. Yang ni kena selalu update di website UPU. Kalau dapat pergi interview,biasanya akan dapat surat jemputan. Aww~ suweeet jew. Kalau awak tolak matriks dan betul-betul nak kos senibina ni, sekiranya gagal, boleh buat rayuan. Kalau gagal juga, boleh cuba sem depan. Macam akak, akak pergi intrview second time baru dapat tau. Mean time akak kerja dulu sebab tak nak kos lain. Nak architecture jugak. (lepas tu hampir 2x gak rasa nak give up dengan architecture. Huahua.. Sadis. Tapi sekarang dah okey.heeeee.. =B  ). Matriks? Tak tahu kenapa tapi saya tak sarankan adik-adik masuk matriks. Even ayah saya pensyarah pun tak begitu menggalakkan saya & adik beradik masuk matriks. First, sebab silibus yang kena cover banyak pastu cramp dalam masa yang sangat singkat. Second, sebab lepas masuk matriks, kamu kena compete lagi untuk masuk U.Maksudnya takde jaminan 100% kamu akan dapat masuk U lepas habis belajar di matriks. Third, sebab bila ayah saya tanda kertas periksa, dia kata budak STPM punya jawapan lagi mantops dari budak dari matriks. Meaning---> kualiti. Nanti tak pasal-pasal akhirnya kamu masuk U dengan result SPM kamu jugak..Sebab dah pernah jadi pada beberapa orang rakan. Bertambah tak membantu bila results masa matriks tak mantops. 


GOOD LUCK ADIK-ADIK!!!!
KALAU DAH DAPAT KOS SENIBINA JANGANLAH GIVE UP DENGAN MUDAH OKEY!
CHAYOK-CHAYOK! FIGHTING!!!  v(^__^)v


P/S: nak tanya apa-apa lagi pun boleh.. sila-sila..

Saturday, March 24, 2012

Anda Ada Soalan Tentang Senibina a.k.a Architecture?

Assalamualaikum..

Sesungguhnya saya rasa sangatlah bersalah sebab banyak juga soalan diterima di email, formspring, mahupun di blog tentang kelas renang dan architecture. Tapi kali ni lebih banyak soalan tentang architecture. Rasanya sebab baru lepas dapat result SPM eh?

So sekarang ni memandangkan hidup saya agak busy. *ceh padahal harini pergi window shopping pun sempat*,
jadi saya..

Senang cerita macam ni. Kalau korang especially adik-adik atau sesiapa sahaja nak tahu tentang senibina so that boleh advice sedara mara korang atau kawan-kawan baik korang.. Bolehlah tanya di comment ini (itupun kalau korang berjaya lah jumpa butang komen.Hukshuks..sadis layout ini). Kalau tak, malu ke segan ke..tanya di email akak Sophie yg baik hatis lagi ciomells *haih sempat up diri sendiri tak tahan ni!!*

EMAIL SAYA: sophiealyahya@gmail.com

saya akan cuba kumpulkan soalan tentang architecture dan cuba muatkan jawapan dalam entri  dengan harapan dapat membantu orang lain juga. Peace!!! Majulah architecture demi Malaysia!!! *korang tak payahlah ingat jadi arkitek ni kaya ok.*

p/s: soalan bodoh pun takpelah kalau awak memang tak tahu langsung pasal architecture. Saya terima dengan mata yang terbuka. Sekian terima kasih. Dah bagi peluang nak tanya ni tanyalah puas-puas ok.

Harini jogging+window shopping kat Jalan TAR dgn The Curve *sebab gaji tak masuk lagi* + Swimming + skype dengan bestriends + praktis piano. Apakah hectic sangat harini? Ok bye, esok kelas piano. so malam ni kena praktis. inilah namanyaa..last minute study. T_T

Tuesday, March 6, 2012

Hakikat Facebook


Kalau korang perasan, kat blog aku ni aku tak letak facebook badge profile aku. Bagi aku, blog aku dah cukup public untuk orang baca. Banyak je korang boleh tahu pasal aku dari belog ini. Facebook aku adalah satu-satunya privasi yang aku ada. Sebab itu aku biasanya tak approve mereka yang aku tak kenal. Walaupun ada mutual friends tapi kalau mutual friends pun aku tak berapa kenal aku abaikan aje.

Kenapa?
Sombong ke Sophie ni?

Siapa lagi sombong, aku yang tak approve ke? atau orang yang add aku lepas tu bila dah approve tak tegur langsung. Lepas tu macam haku tak tahu aje benda first yang orang tu buat lepas di-approve adalah sesi menstalk gambar. (mestilah aku tahu sebab dulu-dulu rajin juga buat begini. eh! silap, tu zaman myspace)

Hurm, aku kurang selesa sebenarnya bila ramai kawan dalam friend list tapi bila tekan home, yang update status ke apa cuma 40% je yang aku kenal. Korang suka ke? Aku nak tahu update dari kawan-kawan, mereka yang aku kenal, bukannya updates dari mereka yang aku tak kenal. Ada juga bloggers yang aku kenal ada dalam friends aku. Ok juga tahu updates dari mereka. Tentang binatang peliharaan mereka ke, dapat baby baru ke.

Lagi menyampah bila orang yang tak berapa dikenali itu mengepost status berbaur emo, maki-makian, kutuk mengutuk amalan mulia, etc.

Kadang-kadang bila aku online chat fb, aku nak tengok sapa kawan-kawan aku yang online. Tapi kang baru 5 saat on chat entah siapa-siapa pula yang menegur. Biasanya kalau perempuan aku layan je. Sebab kadang-kadang memang pembaca blog mintak nasihat pasal sambung belajar ke apa. Kalau lelaki, aku kurang selesa. Melainkan aku yang dulu tegur orang tu, bermaksud aku rasa selesa nak berborak dengan orang itu. Disebabkan aku ni selalu bernasib malang selalu jumpa orang psycho, makanya sekarang ni extra hati-hati dah nak kenal dengan siapa-siapa pun. Baik di alam maya, mahupun di dunia realiti.

Tertanya-tanya juga aku mereka yang membiarkan fb mereka ada sampai 3,4 ribu friends.Siap ada account FULL! Huiyoh! glemer kau Senah. Tak salah pun kalau kau rajin melayan orang ramai.Tapi bagi aku bahaya. Sebab nanti gambar lebih mudah dicilok& dieksploitasi (wah rasa hebat lah guna perkataan dieksploitasi!!! kahkah)

Twitter? tunggu ada smart phone lah baru buat. haha. Kadang-kadang nak lah jugak melepaskan perasaan seperti

" harini jalan lengang. Mimpi apakah ini?" <--perasaan seperti ingin menampar pipi sendiri sebab tak percaya
"harini tiada kerja, mari korek idung" <-- euw kan
"harini si dia senyum kat saya. Cairnyaaa." <--kononnya bibit-bibit cinta berputik.
"aku benci kau Si Polan! kau macam gay!" <--ayat agak keji.

Tapi macam melampau kan nak post ayat camni kat FB? sebab tulah agak macam perlukan twitter.

p/s: sebenarnya banyak benda nak buat. Tapi end up tulis satu entry sebab dah buntu dengan benda yang aku nak kerjakan tuh. Haih! 


Btw, aku deactivate account Facebook aku buat sementara waktu. 


Privasi anda, hak anda. Melainkan anda seorang artis, privasi anda adalah hakmilik peminat.Pergh tagline macam majalah hiburan ke apa. Ok good night. ngantuk sebenarnya. *menguap macam dinosour*



Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...