Saturday, May 26, 2012

Pengalaman Mengajar Berenang


Entri ni bagi menjawab persoalan ramai orang macam mana aku boleh tersesat masuk dalam bidang ni walhal aku dari bidang architecture. Plus, kat kolam takde students pernah dapat berjaya teka aku dulu student archi. Selalunya orang ingat aku student sports, law @ masscom. Law dengan Masscom tu sangatlah tak faham kenapa (-_-'). 

Tahun ini merupakan tahun ketiga aku mengajar berenang. Menjadi seorang cikgu renang tak pernah masuk dalam cita-cita aku sejak azali. Siapa tahu hobi kita bakal jadi salah satu sumber rezeki juga kan. Aku bermula dengan hobi. Berenang. Ayah aku kata dari kecil aku suka main air & berani dengan air kalau nak dibandingkan dengan abang aku yang penakut air.kihkih.. Aku pernah belajar berenang masa berumur 9 tahun. Lepas tu lama stop sampailah berumur 16 tahun.Kalau aku gian nak berenang, aku selalu bermimpi aku berenang dalam air kolam ke, laut ke..yang jernih..cantik. Bila aku dapat mimpi macam tu, aku tahu dah sampai seru aku kena pergi berenang. Haha..boleh tak?

Jadi lepas SPM dan masuk UiTM, aku aktif balik dengan berenang. Sampailah ada seorang lifeguard noticed kebolehan aku *ececececeeee* Dia suruh ambil test jadi lifeguard. Test tu senang la kalau korang boleh berenang & kena ada stamina sebab masa akan dicatat. Lepas jadi lifeguard, aku diminta ganti seorang instructor ni sebab dia tak boleh masuk mengajar. Lepas tu aku diberi amanah untuk handle kelas renang pula. Dari situlah, sampai sekaranglah, aku mengajar berenang & aku mendapati yang aku sangat-sangatlah suka mengajar orang berenang.

Bagi aku, mengajar apa-apa pun, harus ada passion. Harus ada kesabaran yang super-duper tinggi. Seingat akulah, aku tak pernah marah students aku kecuali budak-budak sebab budak-budak sangat hiperaktif dan nakal. Kalau yang remaja sampai umur mak-mak orang, memang aku biasanya takkan marah. Masa mengajar, aku tak garang tapi tegas. Salah satu sebabnya aku tak boleh marah orang mungkin sebab aku terikut-ikut dengan cara ayah aku mengajar. Sebab dia pensyarah. Dulu-dulu masa sekolah kalau tak faham Matematik ke Kimia ke aku akan tanya ayah aku. Kalau 10 kali aku kata tak faham, 10 kali jugaklah dia akan ajar balik tanpa marah atau merungut kata aku ni bengap ke apa. T__T terharu. 

Lagi satu kenapa aku tak boleh nak marah students aku. Sebab bila mengajar berenang, kita kena letakkan diri kita pada situasi pelajar tu. Mungkin dia takut air, mungkin dia takut tempat dalam. Lagipun kita ni makhluk berkaki, makluk di darat. Bukan mudah untuk rasa selesa dalam air. Macam aku ni selesalah sebab aku  duyung jadian. errrr, dugong jadian lagi tepat. Harharharrr... Ok ok,serius balik.. Masa mula-mula nak mengajar tu bukanlah mudah. Aku tak diajar macam mana untuk mengajar berenang. Susah dohh. Sampailah aku dah biasa ni, aku dah ada sistem aku sendiri dan setiap kelas aku ada target untuk students aku. Dan Alhamdulillah, selama aku mengajar, aku berani kata aku dah berjaya 97% buatkan pelajar aku boleh berenang dalam masa 10 jam kelas. Yang lagi 3% tu tak berjaya sebab dia sangat takut air & effort dari diri sendiri juga aku lihat macam kurang juga lah.

Aku sangat bangga bila tengok students aku yang sangat takut air, boleh overcome dia punya ketakutan tu. & akhirnya dia berjaya juga berenang. Perasaan yang paling membanggakan bagi seorang cikgu renang macam aku ni ialah bila pelajar aku dah boleh berenang tanpa alat bantuan macam kick board tu. Tahu tak macam tengok cerita Forrest Gump masa dia lari pakai alat bantuan kat kaki dia, sekali dia lari dan lari at last dia boleh lari tanpa pakai benda alah tu. Masa tu mesti macam rasa terharu gila tengok Forrest Gump nih I rasa nak nangis tengok semangat dia. Haaaa macam tulah perasaan aku bila tengok students aku yang swim beberapa step masih susah, lepas tu dah boleh sampai ke hujung. T__T   Terharu gilew tau tapi takkanlah nak nangis depan students pulak? Hilang macho I..

Bila dah ada pengalaman selama hampir 3 tahun ni, biasanya pada hari pertama lagi aku dah boleh agak sejauh mana kemampuan seseorang tu. Sama ada dia fast learner ke, atau slow learner. Dan biasanya juga, salah satu cara untuk aku melatih students aku ialah..dengan bikin gempaks! hahah.. Kalau kolam kat UiTM tu kan bersaiz olimpik, ada bahagian cetek& dalam. Masa mengajar mestilah kat tempat cetek dulu. Hari kedua kelas aku akan bagi kicking board pada pelajar. Suruh praktis kicking dan breathing tanpa menjejakkan kaki pada lantai. So memandangkan kadang-kadang diorang ni malas-malas je nak buat atau takde semangat nak buat, aku bagitahu diorang " Okey, berlatih betul-betul make sure kaki tak jejak lantai, lagi 10 minit kita pergi tempat dalam & saya lepaskan seorang-seorang cross tempat dalam ok.Saya duduk luar je tengok dari jauh." Perghh! Terus muka students terkejut mata terbeliak then terus praktis bersungguh-sungguh semua takut lemas kat tempat dalam. Huahuahua.. *sebenarnya masa diorang praktis bersungguh tu aku dah tersengih sorang-sorang dah.Keji gak la perangai* Tapi bagus gak sebab lepas tu semua cepat belajar. 

Bila mengajar berenang, aku sangat ikhlas nak sampaikan ilmu tu. Eh silap, sebenarnya buat apa-apa dalam hidup ni pun aku ikhlas. (^__^)V  Peaceee!! Aku cuma harap satu hari nanti, bila baca surat khabar, dah takde dah berita mati lemas. Sebenarnya aku sangat berharap aktiviti renang ni masuk dalam silbus pelajar dari sekolah rendah. Tengok negara luar lebih-lebih lagi negara Mat Salleh, renang ni macam aktiviti normal waktu Pendidikan Jasmani aje. Lagipun, kita kan digalakkan belajar berenang oleh Rasulullah sendiri selain belajar menunggang kuda dan memanah. 

Selama aku mengajar ni juga, dah ramai sangat orang aku jumpa. Kelas pertama aku, aku kena mengajar sekumpulan pensyarah umur macam mak aku je. Lepas tu macam-macam lagi lah, ada engineer, doktor, chemist,etc. Secara tak langsung aku dapat kembangkan networking *cehh cara cakap macam MLM dohh* aku menagajar banyak peringkat umur. Dari kanak-kanak, remaja, dewasa sampailah umur mak-mak. Seronok. Banyak benda aku boleh sembangkan dengan diorang. Banyak ilmu jugak aku kutip dari diorang. Ada yang sampai sekarang masih contact dan bila kebanyakan students aku nak sambung belajar dengan aku mahupun mereka suggest aku pada rakan-rakan untuk belajar berenang dengan aku, aku dapat rasa yang aku dah menjalankan tugas aku dengan agak baik. Lagipun diorang selalu kata belajar dengan aku best..tak garang tapi paham apa yang diajar.. *hiuhiuuuu..ittew rasa nak tekup muka dengan bantal jewww.Malu I~*
So bila berjumpa dan kenal dengan ramai orang dari berbeza peringkat umur, itu sebenarnya membantu aku sekarang. Aku  takde masalah sangat nak bergaul dengan orang walaupun berbeza peringkat umur. =)
masa terjumpa student aku kat Secret Recipe. Dia sambut birthday dia. Terus ajak aku join.hehe..
Siap potongkan kek untuk anak murid.hihi.. =)


Ni aku menaip entri ni lepas aku habis kelas lah ni. Sebab bila memikirkan balik life aku yang tengah best sekarang ni. Kerja kat architecture firm pun best, kerja kat kolam pun best..aku rasa macam akan sangat merindui life yang aku ada sekarang bila aku further study nanti di UK ( insyaAllah.. ;) ) jadi aku nak enjoy puas-puas duduk kat Malaysia tanah tumpah darahku ini. Tapi kawan kat office yang pernah belajar di overseas pun ada kata.Life memang macam ni, bila nak pergi sana, mesti berat hati nak lepaskan kehidupan di sini. Tapi bila dah habis belajar di sana, nanti sedih pula nak lepaskan life di sana. Hurmm..Wallahualam..



Wednesday, May 16, 2012

#8 Wordless Wednesday- Leaving Soon & Gonna Miss Them Much!

Kesayangans kan..
(wajib tangkap gambar time ni 20 April sebab kitorang janji nak pakai baju warna biru sama-sama. Comel kan kitorang?hihi..)





Jiran sebelah. My sifu. T___T Sobs..sobs..

Jiran sebelah. My sifu too plus musuh ketat hari-hari nak gaduh je kerja..harharhar.. 
T__T 

p/s: Again..tak wordless langsung. Ada lagi kesayangans kat office yang tak masuk dalam gambar. Nanti dah nak last day baru snap gambar banyak-banyak Heheeee.. Terlalu busy ;'( nanti saya reply comment kamu.InsyaAllah.

Selalu doakan mereka yang dah mencurahkan ilmu pada saya diberkati Allah. =) Saya hargai setiap ilmu yang saya dapat disini.

Wednesday, May 9, 2012

#7 Wordless Wednesday- Master in Architecture


ALHAMDULILLAH..

Thank You ALLAH
Thank You doa Mama, Walid & rakan-rakan.
Thank You MARA

=')

was crying happily.
sujud syukur T__T

Welcome to United Kingdom Sophie Al-Yahya.

p/s: Hey,this is not wordless anymore..

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...