Monday, July 30, 2012

My Twitter

Pengumuman!

Memandangkan aku rasa dah sampai masanya aku ada twitter kan, maka tanpa berfikir dengan lebih panjang aku dah buat account Twitter. Aku dah buang chatbox kat page blog aku sebab aku rimas dengan post-post berunsur pengiklanan melampau. Bagi yang bertanya pasal personal Facebook, maaf, nama pun personal jadi agak privasi lah. Hopefully dengan adanya Twitter lebih mudah orang nak berhubung dengan aku. Bermesra dengan pembaca gittuw~ *kalau takde unsur gewdiks tak sah tau uolls*



p/s: aku dah buang chat box kat blog aku sebab banyak post berunsur pengiklanan melampau jadi aku rasa rimas. So ganti dengan twitter lebih afdhal lah kot..

Thursday, July 26, 2012

Perempuan Bertudung Pun Kena Jaga Rambut

Rambut tu kan mahkota wanita. Aku saaaangat setuju dengan pepatah ni. Kadang-kadang,ada sesetengah perempuan bertudung kurang menjaga dan merawat rambut atas alasan "alaaa, aku pakai tudung, bukan ada sesiapa nampak pun.." Ehh! tak bolehlah macam ni. Takkanlah korang nak kahwin baru terhegeh-hegeh nak bela rambut, nak pergi salon kot.

Aku rasa, masalah rambut yang biasanya orang hadapi ialah rambut gugur dan kelemumur. Betul tak? Selebihnya macam rambut kasar, bercabang, berbiji (kalau pakai tudung masa rambut basah). 

Rutin aku jaga rambut, senang je. Basic jerrr.. Shampoo yang aku biasa guna ialah Rejoice. Tak tahu kenapa dah sebati dengan Rejoice. Dah nak 5 tahun guna *sebab I memang setia orangnya.Wakakaka..* Samada shampu sehari sekali atau selang sehari. Ikut lah mana yang selesa. Sebab kalau aktif sangat kan rambut senang berpeluh, berminyak.


Conditioner pulak mestilah yang Anti-Hair Fall. Sebab sayang rambut. Taknak lah gugur banyak-banyak. Korang tahu tak air swimming pool tu banyak klorin. Klorin bersifat menghakis. So aku akan stress kalau rambut gugur lepas gi swim atau ajar orang swim. Huahua.. rambut gugur pun nak stress. Sengal.


Tapi kalau nak jimatkan masa, kalau aku rushing ke apa.. Penyelamat terbaik kalau tak pakai conditioner ialah...Jeng..jeng..jeng..

Ellips Hair Vitamin!!
Serius sangat suka! Biarkan rambut separuh kering & sapu pada rambut. Hasilnya? Best~ rambut lembut dan wangi. *wangi-wangi ni memang ai shuke* Hair Vitamin ni juga lah yang aku akan guna lepas keluar dari kolam renang. Sebab air dari kolam renang boleh membuatkan rambut jadi kering dan keras.macam dawai besi *hiperbola selalu..* 

Aku suka rambut panjang yang tak terlalu lurus macam teknik rebonding. Teknik rebonding kan kadang-kadang buatkan rambut nampak lurus sangat-sangat macam papan.Tak suka.Suka wavy, rambut lebat dan bersinar. Cantik. Antaranya macam:

Apesal la kau comel sangat Selena Gomez?. Apesal laaa bf hang Justin Bieber..?

Kalau rambut pendek, style ni pun macam best gak. 

Whoaaaa! Jessica Alba!! My all time favourite actress sebab muka dia sweet. Dia buat rambut macam mana pun tetap gorgeous.

Teringin nak highlight rambut tapi dilarang keras oleh abang aku. Sebab dulu aku pernah gak lah gatai gi dye rambut. Tapi lepas tu insaf. Abang aku kata "ni kalau tiba-tiba mati ni macam mana nak pergi menghadap Allah?" Macam mana orang nak mandikan jenazah kamu?" yelaa, mungkin brand tu tulis halal, dari segi bahan-bahan, tapi kalau dah selaputi rambut, nanti nak mandi wajib lepas habis period, nak ambil air semayang, kalau air tak lalu macam mana? Sah ke tak? (-_-') 

Yang nampak paling Asian:
Sweet je kan kalau rambut cantik?











Saturday, July 21, 2012

The Making of "Hidupan Laut" Shoes

Kalau sesiapa ada adik yang ambil Pendidikan Seni untuk SPM tahun ni mesti familiar dengan projek ni. Kalau anda cikgu sekolah menengah pun barangkali familiar dengan projek ni. Alkisahnya adik bongsu aku ni minta tolong dengan projek sekolah dia. Dia kata dia boleh lah nak lukis-lukis, design kasut tu tapi dari segi pewarnaan dia tak berapa reti nak mewarna katanya. Alaa kau faham-faham jelah hint sebegini tak lain tak bukan nak akak dia tolong warnakan kan.. (-_-') Macamlah adik aku tu baru keluar dari perut ibuku..


Macam nilah kebersepahan bila nak buat projek. Ni baru projek SPM. Cuba bayangkan masa study archi kat UiTM dulu, satu orang satu bilik agaknya radius kebersepahan tuh. hihihi..

Ni design adik aku. Cikgu kata kena ambil motif hidupan laut. Ni dia ambil motif ikan Nemo campur ikan apa ntah ekor dia siap panjang-panjang. Lepas tu tak semestinya kena ikut warna sebenar ikan. 


Antara kajian warna yang I suggest. Hiuhiu.. (^__^)V rasa macam adik I ni client I pulak.



Pemilihan kajian warna yang ada. So bila dah ada 4 pilihan suruh dia pilih nak yang mana untuk dilukis kat kasut betul.



Proses pembikinan. First layer yang agak comot. Eh gila apa pukul 12 malam painting. Painting sambil mata buka separuh pastu terlelap-lelap. Ni lah ciri adik yang suka buli kakak buat kerja last minute.





So tadaaaaa...!!! habis pun. Walaupun sebenarnya comot lah juga kalau tengok dekat-dekat tapi aku tak pedulik. Aku dah ngantuk gila okey..

p/s: Sorryla tak dapek nak post gambar I tengah painting. Muka ngantuk dengan baju tidur seluar polka dot dot. Agak malu disitu. (^__^). Haaa..baru tahu apa feeling melukis pada kasut. Menarik jugak lah sebenarnya. Boleh jugak kalau aku design kasut sendiri kan.. =)

Friday, July 20, 2012

Momento Terakhir Di Pejabat

Hari terakhir aku di pejabat ialah pada 29 Jun yang lepas. Sedih tapi taklah menangis pula. hihi.. Sayu lah jugak sebenarnya. Tapi takpe, never say goodbye..say we'll meet again next time. =)

Aku teringat masa awal-awal masuk kerja, aku rasa macam blank gila. Mungkin sebab tak rasa ready nak bekerja kot. (mak aku paksa cari kerja) kahkah.. So aku macam amek masa lah nak biasakan diri dengan alam pekerjaan. Tapi bila dah ok, rasa happy lah pulak kan pergi kerja. Disebabkan aku rasa aku ni teruk sangat skill aku masa awal-awal kerja dulu & selalu lah juga diketawakan..Sobs.. jadi aku telah meletakkan dua matlamat yang aku harus capai kalau aku nak berhenti kerja nanti. iaitu:

1) Harus belajar dan mantapkan skill.
2) Kalau berhenti nanti harus dalam keadaan happy dan dihormati, bukan sebab kena pecat ke apa.huhu..

So aku rasa aku dah mencapai dua matlamat aku. Yeayyy! happy..

So nak share gambar-gambar. Gambar baju merah masa second last day. Gambar berbaju biru masa last day. hehe..


Gambar pertama haruslah mereka yang sangat penting bagi aku. Aku duduk antara Abang Man dengan Irma. Diorang laaa yang banyak sangat-sangat ajar aku dari zero sampai lah aku ok-ok jela.taklah terer sangat.hekhek.. Aku selalu kena buli beli goreng pisang woh. Tapi takpe, sebab aku kan memang suka jalan-jalan. Motip sangat nak gi curi tulang.hiuhiu... (pakai iMac tak reti nak flip gambar.Jadi mirror.Sebab tu tulisan pun terbalik.Abaikan..)

Second last day pergi makan masakan India. Lepas tu layu je mata. Buat kerja pun dah tak nampak drawings. huhu..

Juju-Syazana-Me-Aainaa.

 With abe-abe and akak arkitek.
Project Team.

bila lah nak siap projek ni..

Bergambar dengan bos. Tengok, siap pakai baju sedondon lagi. Amek berkat nak jadi arkitek.

Diorang handle projek lain. Tapi geng la dengan diorang.hehe..

 Last day hari Jumaat. So makan bersama gegirls jela sebab yang laki pergi semayang Jumaat. Makan kat Tupai-tupai, KL. Sodappp!

wuwuwuw..Buli orang.. Nak lenyek pipi I pakai roller kertas. T__T

 Bergambar dengan Abang Daim dengan Fazi. Diorang ni jaga bahagian plotter machine dengan printing. Tengok dua-dua kepala botak, brutal woh..kalau salah printing kena marah..sobss..teringat dulu-dulu masa baru masuk aku set salah paper, kena marah. Bila cakap sorry abang Daim kata "apa sorry-sorry?" Huuu..garangnyee T__T  Tapi baguslah company ni ada dua orang yang sangat berkaliber jaga bahagian plotter machine ni. Kurang sikit membazir sebab elakkan salah printing.Bab-bab gulung drawings, lipat melipat & seangkatan dengannya bagi diorang je handle.

 Dan diorang ni memang sempoiii & kelakar! 

 Janji sama-sama nak pakai baju office warna biru =)
Clockwise dari kiri :Kak Anne-Aaina-Nadim-Zaza-Sherin-Me-Irma


Dari kiri atas: Kak Mas (cleaner office.Suka kacau dia kat pantry. ;p), Fouzi (korang mesti tak tahu arkitek ni sebenarnya dulu kartunis Ujang a.k.a Lempeng. Oops, sorry Fouzi, terkecoh kat orang. Oh dia single.nak ngorat boleh aje.LOL). Zaza (receptionist office merangkap wife Abang Man)
Dari kiri bawah : Nadim (anak Kak Anne, secretary boss), Bien & Jeff (rekan sekerja berasal dari Filipina), Aainaa & Nadim again.


 With Amanda, Sherin, Irma, Kak Anne, Chee Foong, half Laily. Wan Lin, Sher Rin, Stephanie, & lastly Alphonsus (my apak tiri kesayangan..hehe..suka kacau dia.)

And lastly, ni lah pun sesi fotografi terakhir hari itu. Bergambar bersama abe-abe kesayangan yang satu projek dengan aku. Jimmy & Ali. Diorang macam cikgu la. Lagi dua orang sifu kesayangan ialah Irma dengan Abang Man (yang dalam gambar first sekali)

Pada semua yang dah curahkan ilmu pada saya walau sekecil zarah pun, terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan. =')

Sooo..berakhirlah entri untuk kali ini. Tengok balik gambar-gambar ni rasa macam rindunyaaa suasana kat office. Tahu tak perasaan bila dah terbiasa dengan rutin harian & orang-orang yang kau jumpa seharian. Kebanyakan team mate aku ni sporting & kelakar. Sehari kalau tak gelak memang tak sah. Hurmm..Pengalaman kat sini memang priceless. Kalau aku tak sambung belajar memang aku lama sikit kot kat sini. Tapi aku KENA sambung belajar..
Aku ada visi 10 tahun yang aku nak capai.. (^__^)V

p/s: Selamat menyambut bulan Ramadhan korang.. jom kita pergi tadarus Al-Quran dengan tarawih!!!

Wednesday, July 11, 2012

Quick Update of Latest Activities

Aku tak sangka hidup aku akan jadi begini. T_T *emo lebih* Busy lah juge walaupun dah menganggur. Sebab tu aku memang dah agak dah aku akan jadi penganggur yang berwibawa. Muahahaha..

Nasib baiklah aku dah berhenti kerja. Aku rasa aku buat pilihan yang tepat untuk berhenti kerja dua bulan lebih awal sebelum kelas bermula. Sebenarnya aku memang nak update belog. Tapi masih tak berkesempatan. Oleh itu, meh aku share update activiti apa aku dah buat dari hari berhenti kerja sampai sekarang.

(1) 
Momento terakhir di pejabat? Hari last ialah 29 June 2012.



(2)
Pemprosesan pembuatan kasut. *perghhh ayat!!!*
Errr, ini paksa rela projek pendidikan Seni adik aku. Aku tukang cat kasut.
Sampai hati buli kakak sampai pukul 3AM.
T_T




(3)
Pergi Floria di Putrajaya. Bawak Mama sebenarnya sebab dia suka bunga. Sumpah penat weh. Dahla panas gilewww~ Kalau aku layan berkebun takpelah jugak. Tapi takpelah. Sebab mak aku minat sangat bunga kan. So dia asyik tak sabar-sabar aje nak pergi. Siap pergi dua kali lagi yer kawan-kawan..
Bunga orkid kat sana cantik gila!

(4)
Last sekali, pergi Pulau Redang bersama besties masa study archi kat UiTM dulu. Wahh teruja nak cerita kat korang. Best gilaaaa!! Aku rakam video underwater sekali. Baaanyak ikan! Penuh berharap nak edit picture video plus underwater video untuk tatapan korang. Aww~ I'm suweet kan? kahkah..

Ok, tu jelah yang sempat aku update. Selain aktiviti yang pelbagai, aku juga kena bertungkus lumus untuk prepare documents untuk MARA. Fiuhh.. Harap-harap sempat & dipermudahkan urusan aku nak sambung belajar ni. Amin.

Haaa korang nak aku update mana satu? cewahhh! 
Btw, esok akan berjalan-jalan  ke Melaka pula sampai Sabtu dan Ahad cousin I bertunang di rumah I. Awww~ 
So faham-faham jelah zaman bila pulak aku nak update blog. 
Ok, bye korang.
Have fun & be happy always!!! 
 V(^__^)V







Thursday, July 5, 2012

Distance?



Say "I Love You" when you're not listening..

*Ai tacing nih!*

Monday, July 2, 2012

Motivational Monday #2


p/s: Happy Monday everyone! Dengan rasminya sedang menjadi penganggur yang berwibawa. =B

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...