Saturday, January 4, 2014

Random Me #2 My Hero My Dad



21 November lepas birthday ayah aku. Jadi aku terpanggil untuk menulis entri pasal ayah aku. =)

Ayah aku, kalau tengok latar belakang pendidikan beliau, ermm.. serius. Tak mungkin aku dapat mengejar kehebatan beliau. Berkelulusan Ph.D sewaktu umur 28 tahun dari salah satu top uni di UK, University of Cambridge. Dan waktu tu dia dah ada dua orang anak sebab kahwin masa umur 25 tahun. Memang serba serbi aku kalah. Aku umur 25 tahun pun belum nampak bayang perkahwinan tu. haha. Dia berkelulusan Chemistry. Aku ni paper kimia pun asyik hampir fail je dulu. huaahuahua..

Kadang-kadang, bila orang tahu kelulusan ayah aku & dia pula mengajar sekarang, makanya orang selalu beranggapan yang anak-anak ayah aku mesti kena belajar tinggi-tinggi jugak. Pada hal tak pun. Ayah aku sangat sempoi. Bab pelajaran, dia tak pernah bagi tekanan pada anak-anak, ayah aku tak pernah tetapkan anak dia kena jadi doktor ke engineer ke apa ke takda. Dia cuma menggalakkan untuk belajar dan jangan sesekali putus asa dalam hidup. Jadi dalam adik beradik aku, takda istilah kena paksa belajar ikut course yang ayah aku suruh. Ada je abang aku mekanik sebab dia minat kereta. So dia ambil lah sijil automotif. Aku suka je. Sebab kalau aku ada masalah dengan kereta orang first yang aku call abang akulah.hahahaha.. Alaaa, rindu pulak Achik aku yang sengal gedik tuh.

Jadi aku sebenarnya nak cerita, apa yang aku serap dari cara ayah aku mendidik aku.

1) Tak meminta-minta
Kitorang ni adik beradik 6 orang. Aku dibesarkan dengan 3 orang abang. (yelah dulu mestilah aku selalu kena buli) & aku ada dua orang adik perempuan. Ayah aku jenis, tak layan kalau kitorang meminta-minta. Memang dari kecil kami dah terbiasa macam tu. Sebab tu sampai besar ni, Alhamdulillah la kitorang ni takdelah muka tembok sangat. Asal handphone baru keluar nak minta, Ipad ke, Iphone ke.. Jangan harap. Apatah lagi nak minta kereta.Yang bagusnya adik beradik aku pun takde pulak nak hentak-hentak kaki ke merajuk ke kalau tak dapat apa yang diorang nak. Tapi, ayah aku ni dia ada mood dia. Kadang dia tahu anak dia nak apa..tup tup dapat hadiah tanpa diminta. haha.. Pastu terharu. lol.. But most of the times, kitorang adik beradik akan lebih usaha untuk dapat apa yang kitorang nak berbanding kena suap. Sebab tulah, kami hidup bersederhana. Kami tak amalkan hidup biar papa asal bergaya tu.

2) Adab
Mungkin sebab ayah aku pun dibesarkan dengan penekanan menjaga adab, makanya begitulah juga dengan anak-anak beliau especially anak-anak perempuan la. Standardlah orang kata kena hormat orang tua, percakapan jangan mencarut-carut etc, tapi zaman sekarang kita semakin hilang nilai peradaban tu, setuju tak? Lepas tu ayah aku marah tau kalau makan berbunyi, kalau orang perempuan gelak melampau-lampau ayah aku kata "buruk perempuan gelak macam tu". Tapi ayah aku tak garang la. Dia garang masa zaman abang-abang aku membesar je. Sebab yelaa 3 orang budak lelaki nak membesar..nakal mak oiii..

3) Berdikari.
Kalau tak reti, belajar sampai reti-Aku rasa ni nilai paling tak ternilai kot dalam hidup aku. Mungkin sebab adik beradik aku ramai, aku takdelah mengharapkan attention 100% daripada mak ayah aku. Kiranya kalau time sekolah, homework apa semua setel sendiri. Borang nak masuk asrama ke universiti ke, nak gi overseas ke, cari sponsor ke, cari rumah sewa ke, setel sendiri. Mak ayah tak perlu masuk campur sebab Alhamdulillah aku boleh setel sendiri. Sebab ayah aku ajar aku macam ni. Sebab aku tahu, masih ramai orang yang mohon belajar mana-mana, borang pun mak ayah yang isi. Flight ticket nak study oversea pun ayah belikan.  Lepas tu, yang aku rasa paling drastik, lepas je aku dapat lesen memandu (lepas SPM), memang jangan harap parents aku or abang-abang aku nak drive kan untuk aku pergi mana-mana. JANGAN HARAP! Sebab tulah dulu aku asyik langgar tembok lah apa.huahua..nasib sekarang dah pro! Ayah aku selalu jadi navigator aku. Yelah sebab mana lah aku ada smart phone dulu, data mobile apa semua takda. GPS aku ayah aku lah. Masuk KL tak reti nak keluar balik. Tahu jelah jalan kat KL tu kalau tengok dari top view macam rambut bersimpul agaknya. Pastu dulu bawa Perodua Kancil manual gear 4 yang selalu semput. Bila sesat call ayah..suara macam nak nangis tapi tahan. Direction ayah aku memang terbaik. Kalau area KL bagitahu je aku kat bangunan mana. Belah kanan ke kiri bangunan tu, nanti dia bagi direction macam GPS.haha. Disebabkan ayah aku jenis tak manjakan aku sangat, aku macam insyaAllah, reti jelah nak kemana-mana. Kalau aku tak tahu, aku Google dulu direction. Ayah aku ni, Alhamdulillah, sense of direction dia & bearing dia agak bagus. (mostly memang laki camni kot). Mungkin sebab dulu dia pernah join wataniah. Dia kata banyak dia belajar pasal jalan, code jalan lah apa lah Wallahualam.

Masa mak ayah aku pergi Haji, umur aku 19 tahun tak silap. Aku lah yang kena jaga rumah. Bayar bil semua, jaga adik-adik. Makan minum diorang & abang-abang sekali (tahu jelah lelaki kehnn jaga perut sendiri pun susah) Drive ambil adik aku kat asrama di Melaka dari Subang Jaya walaupun tak pernah drive pergi Melaka.uhuhuhu..

Pastu ada satu insiden ni, adalah sorang member lelaki terlanggar kereta aku. Malam tu kena pergi balai polis. Dah nak tengah malam. Ayah aku suruh adik aku je teman. Pergi belajar setel sendiri, walid cakap. T__T aku yang tak tahu apa-apa pasal insurans kereta, report polis terus belajar something. Tapi member aku yang lelaki ni, datang dengan parents dia. Tapi dia diam je..parents dia yang setelkan. So, macam tula lebih kurang. Begitu juga hal-hal berkaitan dengan universiti, ada program untuk career ke, study overseas ke.. Aku selalu tengok orang datang dengan parents. Kadang aku pernah tanya mak aku. "Ma,kenapa walid biar je Ofie, dia tak risau ke kalau jadi apa-apa? Pastu, macam tak aci je orang lain selalu datang dengan parents" Mak aku kata "Walid nak kakak berdikari. Boleh gerak sendiri. Tengok sekarang pergi mana pun dah pandai bawa diri, pandai urus hidup sendiri" So, aku pun faham kot. Bila tengok kadang-kadang lelaki sebaya aku pun mak ayah banyak uruskan hal hidup dia, aku rasa bersyukur pula aku sebagai perempuan ayah aku ajar untuk berdikari. Dan akhirnya, didikan ayah aku juga yang membuatkan aku tabah untuk hidup di perantauan nih. Bab berdikari ni lain orang lain lah cara dia berdikari. Aku percaya ramai lagi yang jauh lagi berdikari berbanding aku,mungkin pada usia jauh lebih muda aku tak nafikan.

4) Sabar
Ayah aku kan mengajar, dulu kalau aku tak paham Matematik ke kan.. Dia akan ajar sampai paham. Kalau 10 kali aku kata aku tak paham..10 kali lah dia akan ajar tanpa keluarkan perkataan yang menunjukkan dia marah. Tak pernah dia marah cakap bodoh ke apa kalau tak paham. Mungkin sebab tu juga dia mengajar lama. Sebab ayah aku ada passion untuk mengajar. Nilai ni juga yang aku serap masa aku ajar student berenang dulu. Aku takkan marah kalau diorang tak dapat tangkap. Sebab aku tahu, aku tak boleh letakkan level diorang sama dengan aku. Aku tahu aku kena faham ketakutan mereka atau kegagalan mereka untuk faham. Dalam banyak perkara, ayah aku sangat penyabar. Dia jarang melenting. Beza dengan mak aku (mak kan senang berleter.hihihihihi..) Lepas tu, aku rasa terharu sebenarnya, sebab aku tak pernah dengar ayah aku bandingkan anak-anak dia dengan anak-anak orang lain yang lebih bagus.

5)Bersangka baik
Ayah aku jenis bersangka baik kat orang. Kalau aku tak sengaja tersangka buruk kat orang, ayah aku selalu betulkan.

Ayah aku kan, dia sporting & naturally kelakar. So mostly kawan-kawan aku kenal lah dengan ayah aku. Ayah aku orang Kedah & aku selalu rasa orang utara ni memang ada natural sense of humor ke apa ntah. Lepas tu dia tak cakap bahasa KL, dia samada cakap Kedah atau English je. BM proper dia teruk juga. Kalau dia buat ayat BM, kitorang selalu gelakkan dia sebab macam entah, lawak sangat ayat dia so kitorang akan cakap "Takpelah walid..tulis dalam English jelah." Dan aku pun sebenarnya kalau aku borak dengan ayah aku, aku akan bertutur menggunakan loghat utara. Haaa..mesti cam tak caye kan orang Subang Jayew cakap Kedah like puhleezz.. Tapi tu kena naturally kalau aku cakap dengan family belah Kedah or ayah aku lah. Kalau orang lain macam tak biasew I jadi orang Subang Jayew balik.

Memanglah ayah aku ajar aku untuk berdikari. Tapi taklah bermaksud aku ni tak bermanja pula dengan ayah aku. Kalau bestfriend aku, memang sedia maklum sangat aku ni anak manja mak ayah aku. Muahahahaha.. Sebab aku memang tak malu pun nak salam cium mak ayah aku atau peluk diorang depan kawan-kawan aku if diorang datang rumah or if parents aku datang uni dulu-dulu. Buat apa nak malu kan? Parents cuma satu tu je kot. Lagipun aku rasa, kalau kita sayang orang kita kena tunjuk.

Kalau awak sayang saya awak pun kena tunjuk. Eh? Lain macam je Sophie.. Ok bye!! >_<

p/s: Aku selalu bancuh hot drinks untuk mak dengan ayah aku kat rumah. Aku rindu suasana rumah.Next time aku harap aku dapat tulis pasal Mama aku pulak.

5 comments:

  1. Ini mesti kes rindu teramat sangat ni dekat ayah ko, kan?

    Betullah kata org, anak yg baik datang dari hasil didikan ibubapa yang baik...

    ReplyDelete
  2. such a good father :) and such a good daughter as well.

    ReplyDelete
  3. Wow... Cambridge... Bersyukurlah dapat ayah macam tu. Bukan sekadar hebat dalam akademik, tapi kelihatan cara berfikir juga kelas pertama.

    ReplyDelete
  4. ayah akan selalu jadi hero anak-anak. lagi-lagi anak perempuan kan. :)

    ReplyDelete
  5. cEro:
    Mestilah rindu. Rindu satu family sebenarnya. Eee apesalla kau tanya camni. Tacing arr..

    Aimi Farhana:
    Hihi terima kasih. Masih banyak kekurangan cuma cuba hargai apa & siapa kita ada sekarang. =)

    Zairi.MY:
    Erm.. InsyaAllah.. hopefully =)

    Mira:
    A ah. tapi kite punya heroin mak kite la..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...