Wednesday, December 30, 2015

Random Me #7- Problems Meet Problems

[Post ni dah dalam draft I think 7 or 8 months ago. Again. Simpan jadi pekasam]

Aku dah banyak kali dah berdepan dengan situasi ni.
Situasi bilamana aku berdepan dengan masalah, sedang tertekan mahupun emosi tengah tak stabil, waktu tu jugalah sahabat handai cari aku ceritakan masalah mereka tanpa mereka mengetahui yang aku pun sedang tertekan. Tanpa tanya dulu if aku okay ke tak, barangkali sebab orang selalu anggap aku happy go lucky & positive person pastinya all the time aku okay.

Waktu tu Ya Allah.. Allah je tahu perasaan aku ni. Ia ibarat ujian atas ujian. Kau dahla diuji dengan sesuatu, lepastu diuji kesabaran bagaimana mahu handle orang lain yang bermasalah. Macam, entahla. Yang peliknya aku boleh cuba pula tu divert dan asingkan masalah aku dengan masalah orang lain. Tanpa membuatkan orang tu terasa dengan aku sebab taknak layan ke apa.

Sedangkan masalah yang mereka lalui tu, kadang tak besar mana pun macam masalah percintaan ke in which kalau aku di tempat diorang, aku tahu macam mana nak handle. It's about you being matured/relevant/rational or not. Tapi bila masalah aku sendiri menterpaksakan aku menemui seseorang yang lebih tua yang aku boleh percayai yakni tutor aku, yang kemudiannya suggest aku jumpa kaunselor, bermaksud masalah tu aku dah tak dapat tanggung lagi sorang-sorang. Iya, duduk di oversea ni memang dugaan dia lain macam sikit.

Mungkin sebab orang selalu anggap aku a good listener. Okay takpe faham, tapi when a good listener needs another good listener? Itu yang susah. Sebab aku jenis pemendam. Aku ramai kawan, bestfriends pun ada a few tapi bila soal masalah, aku rasa berat nak cerita kat orang. Rasa macam, it's complicated, tak semua orang boleh terima atau faham. & keadaan tak boleh diubah pun kalau aku cerita. (walau mungkin melegakan tapi aku selalu abaikan perasaan aku sendiri) Tapi pendam tu tak elok, ia boleh memakan diri.  Sampai satu tahap aku tak tahu apa jenis tahap kritikalnya masalah aku. Aku cerita pada someone yang aku close & trust. Terharu sebab dia datang dari Malaysia & pilih untuk jumpa & bermalam dengan aku instead of jumpa orang lain. Dan lepas dia dengar dia terkedu mata berair pegang tangan aku. Katanya dia tak sangka langsung dengan apa yang aku kena lalui. Sebab muka aku macam rileks je selalu tersenyum. Katanya kalau orang lain atau takde iman mungkin boleh gila. Haha. (-_-'). Dan lepas tu baru aku sedar.. "oh, jadi sebenarnya masalah aku ni besar la? so aku tak patut rasa bersalah la if aku rasa nak nangis semahu-mahunya?"So it was not a bad idea to see councelor after all.

Anyway, aku kategorikan masalah ni ada 2 jenis.

1) Masalah yang berkaitan actions yang kau boleh ambil. Maksudnya masalah tu ada pemboleh ubah. Pemboleh ubah itu adalah kau. Kau punya tindakan macam mana kau nak selesaikan masalah tu.
Contoh: Kau dan housemates. Rumah kotor, dapur kotor, sampah tak buang. Semua housemates buat bodoh je macam tak nampak pulak rumah tengah kotor. Jadi pemboleh ubah tu ialah actions kau. Kau nak bersihkan dapur dan pergi buang sampah tu atau tak? atau nak teruskan berkira sebab bukan kau yang masak kat dapur atau buang banyak sampah?

2) Masalah berkaitan situasi yang kau tak dapat kawal puncanya mahupun ubah. Pemboleh ubahnya adalah bagaimana kau handle impact atau heal dari masalah terebut. Ini adalah bagi aku masalah yang sebenar berbanding masalah no 1. Contohnya: Ahli keluarga kau terlibat dalam kemalangan. Kau kehilangan ayah. Ibu lumpuh. Seorang adik koma. Disebabkan kehilangan tempat bergantung, banyak perkara terutama dari segi kewangan kau kena fikirkan sebagai anak sulung. Wang,emosi & tenaga. Macam mana nak handle? which one comes first especially kalau kau tak bekerja lagi. Kritikal bukan?

Jadi itulah dua jenis masalah yang aku kategorikan sendiri ikut pengalaman hidup. Mungkin ada lah kategori lain aku pun tak tahu.

Ironiknya, kadang-kadang orang selalu anggap dia diuji bila mostly masalah dia adalah dari jenis kategori no.1. Padahal yang diperlukan hanyalah kematangan dalam berfikir yang sadly, tak semua orang ada skill ni walaupun umur bukan muda remaja. Kadang-kadang dah tua pun pemikiran kurang matang. Pelik lah jugak.

Dalam situasi aku pula, aku banyak berdepan dengan masalah jenis no.2, yang mana aku tak dapat kawal situasi yang berlaku tetapi bagaimana aku mahu recover atau handle kesan dari masalah tu. Dan kawan-kawan yang selalu contact waktu aku betul-betul serabut tu pula masalah mereka mostly dari jenis no.1. Jadi how was I supposed to feel?? Should I just hang myself?

Cuma, entah.. kadang-kadang aku cuba je positifkan diri. Mungkin if aku ringankan sikit beban orang lain tanggung nanti Allah pun ringankan beban aku ke? Wallahualam. Bersangka baik je dengan semua ketetapan, ye tak?


p/s: tahun 2015 dah nak habis. Apa azam tahun 2016? 


2 comments:

  1. Aku pun selalu kena camni.
    Tapi itulah, orang anggap kita good listener, tapi good listener pun manusia juga, ada juga masalah. Jadi good listener pun kena ada listener sendiri. Tapi key penting (seperti yg kau dah mention dlm entri ni) ialah being mature dan rational. Jangan buat keputusan bila tgh tak stabil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah, betul tu. Jangan buat keputusan bila tengah tak stabil. Jangan tulis blog juga bila tengah tak stabil. Jangan reply soalan orang juga bila tak stabil supaya tak terlepas marah tu kat orang. hahahah.

      Delete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...